MYKASIH SARA SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAKI SEMASA
Baki semasa Bantuan MyKasih SARA adalah berbeza bagi setiap penerima kerana jumlah bayaran adalah ditetapkan berdasarkan kelayakan penerima dan juga mengikut jumlah yang telah digunakan oleh penerima.
Bagaimanakah semak status kelayakan dan baki semasa MyKasih SARA? Ikuti panduan di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYSARA RAHMAH – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SETIAP BULAN
JUMLAH BAKI SEMASA MYKASIH SARA
Jumlah baki semasa yang dipaparkan dibawah adalah merujuk kepada jumlah bayaran Bantuan SARA yang telah dibayar setakat bulan Mei kepada setiap penerima :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BULANAN | JUMLAH BAKI SEMASA (MEI) |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 | RM1,000 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 | RM750 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 | RM500 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 | RM500 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 | RM250 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 | RM250 |
BILANGAN PENERIMA MYKASIH SARA
Terdapat pertambahan bilangan penerima Bantuan SARA untuk tahun 2026 iaitu daripada 5.7 juta penerima kepada 8.1 juta penerima yang layak merangkumi kategori-kategori seperti berikut :
- 🤵👰 Kategori Isi Rumah :
- 3.7 juta penerima ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan Miskin’.
- 🧑🦳 Kategori Warga Emas :
- 1.3 juta penerima ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan Miskin’.
- 🧑🦱 Kategori Bujang :
- 3.1 juta penerima ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan Miskin’.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA
Namun, bayaran Bantuan SARA diberikan secara automatik kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah tanpa sebarang permohonan :
| SYARAT | KELAYAKAN MISKIN TEGAR | KELAYAKAN BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Isi Rumah : 18 dan ke atas Warga Emas : 60 dan ke atas Bujang : 21 hingga 59 tahun | Isi Rumah : 18 dan ke atas Warga Emas : 60 dan ke atas Bujang : 21 hingga 59 tahun |
| Kadar Pendapatan | RM1,189 atau sehingga RM2,705 | Tidak melebihi RM5,000 |
| Status e-Kasih | Tersenarai dalam rekod data e-Kasih | Tidak tersenarai dalam rekod data e-Kasih |
| Status STR | Lulus | Lulus |
MYKASIH SARA SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAKI SEMASA
Semakan status kelayakan dan baki semasa Bantuan SARA boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti panduan yang disediakan di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| MyKasih SARA | https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/ |
- Pergi ke Portal Rasmi MyKasih SARA (klik pautan di atas).
- Anda akan dibawa ke Halaman utama Portal MyKasih SARA.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800330012345.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan ‘Verify you are human‘.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan baki semasa SARA akan dipaparkan seperti berikut :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.