SEMAKAN MYSARA RAHMAH – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SETIAP BULAN

SEMAKAN MYSARA RAHMAH – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SETIAP BULAN

Hanya rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan sahaja akan secara automatik layak menerima bayaran Bantuan MySara Rahmah setiap bulan dengan kadar bermula RM50 sehingga RM200 sebulan.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bayaran MySara Rahmah setiap bulan? Rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAKI SARA DALAM IC : CARA SEMAK

APA ITU MYSARA RAHMAH

MySara Rahmah atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tanpa tunai yang disalurkan untuk membantu rakyat menampung keperluan asas harian dan bulanan.

Bantuan MySara Rahmah disalurkan secara terus ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan khas untuk pembelian barang dapur dan keperluan asas seperti produk kebersihan, ubat-ubatan dan sebagainya.

KADAR BAYARAN MYSARA RAHMAH

Kadar Bantuan MySara Rahmah yang disalurkan setiap bulan adalah berbeza bagi penerima yang berpendapatan rendah (B40) dengan penerima yang berpendapatan sederhana (M40) seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA B40PENERIMA M40
Isi RumahRM200 setiap bulanRM100 setiap bulan
Warga EmasRM150 setiap bulanRM50 setiap bulan
BujangRM100 setiap bulanRM50 setiap bulan

JADUAL BAYARAN MYSARA RAHMAH

Setiap bulan Bantuan MySara Rahmah disalurkan pada setiap bulan dari Januari hingga Disember mengikut jadual seperti berikut :

PENERIMA B40PENERIMA M40
9 – 16 Januari 20269 – 16 Januari 2026
1 Februari 20261 Februari 2026
1 Mac 20261 Mac 2026
1 April 20261 April 2026
1 Mei 20261 Mei 2026
1 Jun 20261 Jun 2026
1 Julai 20261 Julai 2026
1 Ogos 20261 Ogos 2026
1 September 20261 September 2026
1 Oktober 20261 Oktober 2026
1 November 20261 November 2026
1 Disember 20261 Disember 2026

KELAYAKAN PENERIMA MYSARA RAHMAH

Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan penerima Bantuan MySara Rahmah yang ditetapkan oleh Kerajaan :

  • Warganegara : Malaysia;
  • Had Umur :
    • Isi Rumah : 18 tahun dan ke atas;
    • Bujang : 21 hingga 59 tahun;
    • Warga Emas : 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan :
    • B40 : Bawah Garis Kemiskinan & tersenarai dalam e-Kasih.
    • M40 : RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.

SEMAKAN MYSARA RAHMAH

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MySara Rahmah, ikuti panduan semakan lengkap di bawah :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi MySARA di sini :
  2. Portal Rasmi MySARA akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
  5. Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment