BAKI SARA DALAM IC : CARA SEMAK
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan dalam IC dan tidak boleh dikeluarkan secara tunai tetapi boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless). Penerima yang masih mempunyai baki dalam IC perlu digunakan sebelum tamat tempoh.
Bagaimanakah cara semak baki SARA dalam IC? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA TUKAR IC ONLINE : PANDUAN LENGKAP
JUMLAH BAKI TERKUMPUL SARA DALAM IC
Bayaran yang terkini sehingga bulan Mei, menjadikan baki terkumpul Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ada dalam IC (bagi penerima yang belum menggunakan bantuan) adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT SETIAP BULAN | JUMLAH BAKI TERKUMPUL |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 | RM1,000 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 | RM500 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 | RM750 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 | RM250 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 | RM500 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 | RM250 |
TARIKH KREDIT BAKI SARA DALAM IC
Namun, masih ada lagi baki bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dikreditkan dalam IC setiap penerima mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
| TARIKH YANG TELAH DIKREDITKAN | TARIKH YANG AKAN DIKREDITKAN |
|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 | 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
TEMPOH AKHIR GUNA BAKI SARA DALAM IC
Jika masih ada baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang belum digunakan dalam IC, penerima disarankan untuk menggunakannya sebelum tamat tempoh, iaitu sebelum pada :
| TEMPOH AKHIR GUNA | TARIKH TAMAT TEMPOH |
|---|---|
| Lebih 7 bulan (Jun – Disember) | 31 Disember 2026 |
CARA SEMAK BAKI SARA DALAM IC
Setiap penerima menerima bayaran dan menggunakan Bantuan SARA dengan jumlah berbeza, baki yang ada juga pastinya berbeza. Oleh itu, penerima boleh buat semakan baki secara online seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan baki terkumpul SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status kelayakan penerima dan baki terkumpul SARA Bulanan :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 245.00 |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MOF : 03-7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.