CARA TUKAR IC ONLINE : PANDUAN LENGKAP

CARA TUKAR IC ONLINE : PANDUAN LENGKAP

Penukaran IC atas sebab-sebab tertentu amat penting bagi memastikan urusan-urusan rasmi atau harian berjalan dengan lancar dan memastikan maklumat identiti rasmi individu terpelihara sekiranya berlaku kehilangan.

Bagaimanakah cara tukar ic online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BAKI MY SARA 2026 : SEMAKAN JUMLAH BAKI DALAM MYKAD

PENGENALAN TUKAR IC

IC atau MyKad ialah Kad Pengenalan pintar dimana ia mengandungi identiti rasmi individu yang dilengkapi dengan cip untuk menyimpan maklumat peribadi pemilik. Kad Pengenalan ini diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) khusus kepada warganegara Malaysia bagi individu berumur 12 tahun dan ke atas.
Manakala, tukar IC atau MyKad (Kad Pengenalan) ialah proses memohon penukaran IC sedia ada kepada IC baharu atas sebab-sebab tertentu seperti :

  • Kerosakan Fizikal / Cip : Kerosakan sehingga tidak boleh dibaca oleh mesin bank atau agensi kerajaan atau tujuan rasmi.
  • Kehilangan : Hilang akibat kecuaian sendiri atau menjadi mangsa jenayah (seperti ragut dan kecurian).
  • Wajib Mengikut Umur : Rakyat Malaysia wajib menukar kad pengenalan sebanyak dua kali, iaitu apabila mencapai umur 12 tahun (pendaftaran pertama) dan umur 18 tahun (gantian wajib sebelum berumur 25 tahun).
  • Kemas Kini Maklumat : Sekiranya mempunyai perubahan maklumat seperti alamat rumah, menukar gambar wajah terkini, atau membetulkan ejaan nama.

CARA TUKAR IC

Pertukaran Kad Pengenalan (IC) yang rosak boleh dibuat melalui empat (4) cara, iaitu :

  • Kunjungi Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di cawangan terdekat; atau
  • Kunjungi Bas atau Van Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); atau
  • Hubungi MyPhone-In; atau
  • Permohonan secara atas talian (online) melalui laman rasmi JPN e-Service.

TUKAR IC ONLINE

Untuk makluman anda, TIDAK SEMUA penukaran IC boleh dilakukan secara dalam talian (online), di mana sesetengah situasi seperti Gantian 18 Tahun (Peraturan 18) memerlukan penukaran secara fizikal di kaunter pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana proses penukaran IC mewajibkan pengambilan gambar wajah dewasa atau terkini dan memerlukan imbasan cap jari baharu.

SEBAB DIBOLEHKAH TUKAR IC SECARA ONLINE

Berikut merupakan beberapa situasi yang membenarkan penukaran IC secara online :

  • Kerosakan Fizikal : Kad patah, retak, atau lapisan plastik terkoyak.
  • Kerosakan Cip : Kerosakan yang boleh menjejaskan bacaan Cip oleh bank atau agensi.
  • Hilang Kali Pertama : Hilang akibat kecuaian sendiri untuk kali pertama sahaja.

Manakala, situasi yang mewajibkan penukaran IC secara fizikal di di kaunter pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah seperti berikut :

  • Gantian Wajib 18 Tahun (Peraturan 18);
  • Hilang lebih daripada 1 kali;
  • Hilangn akibat kes jenayah (seperti rompakan, ragut, kecurian rumah) yang memerlukan laporan polis.
  • Penukaran wajah atau gambar terkini.

PANDUAN LENGKAP CARA TUKAR IC ONLINE

Proses penukaran IC secara online adalah seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi JPN e-Service di sini : https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  2. Log masuk dengan menggunakan MyDigital ID.
  3. Scan QR menggunakan aplikasi MyDigital ID > buat pengesahan maklumat.
  4. Pilih butang [Mohon Gantian Bagi MyKad Anda].
  5. Isikan borang permohonan mengikut maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  6. Klik butang [Muat Naik] dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan (MyKad) yang rosak.
  7. Pilih cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat anda.
  8. Lakukan pembayaran secara FPX (perbankan internet).
  9. Simpan resit serta nombor rujukan yang diberikan.
  10. Semak status permohonan dan sekiranya telah sedia, kunjungi cawangan JPN yang dipilih untuk mengambil Kad Pengenalan (MyKad) baharu.
  11. Hadir ke kaunter yang dipilih dengan membawa resit bayaran dan MyKad asal (jika ada) untuk pengesahan biometrik sebelum mengambil kad baharu.
  12. Selesai.

Permohonan pertukaran Kad Pengenalan (IC) dalam talian (online) adalah pada hari berkerja bermula 8:00 pagi hingga 4:30 petang sahaja.

CAJ BAYARAN TUKAR IC

Berikut merupakan amaun yang diperlukan untuk penukaran IC :

WARGANEGARACAJ BAYARAN TUKAR IC
Warganegara MalaysiaRM10.00
Bukan Warganegara MalaysiaRM40.00

TEMPOH KUTIPAN TUKAR IC BARU

Setiap cawangan mempunyai tempoh yang berbeza seperti :

  • Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan Semua Cawangan UTC adalah selama tempoh 30 minit sahaja.
  • Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Semenanjung Malaysia adalah selama tempoh lima (5) hari bekerja sahaja.
  • Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Sabah dan Sarawak adalah selama tempoh tujuh (7) hari bekerja sahaja.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai masalah penukaran IC baharu, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan

Leave a Comment