BAKI BAYARAN SARA 2026 : SEMAK
Masih ada baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang belum dikreditkan bernilai RM250 sehingga RM1,400 (tertakluk kelayakan dan kategori penerima) dan setiap penerima mempunyai baki yang berbeza serta perlu disemak sebelum digunakan untuk pembelian barang dapur dan keperluan asas lain.
Bagaimanakah semak baki bayaran SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM200 DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS
JUMLAH BAKI BAYARAN SARA 2026
Setiap kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang mempunyai baki bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berbeza seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH TELAH DIBAYAR | JUMLAH BAKI BELUM DIBAYAR |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM1,000 | RM1,400 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM750 | RM1,050 |
| Bujang Miskin Tegar | RM500 | RM700 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM500 | RM700 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM250 | RM350 |
| Bujang Bukan Miskin | RM250 | RM350 |
TARIKH BAYARAN BAKI SARA 2026
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah dibayar dan baki yang akan dibayar :
| TARIKH TELAH DIBAYAR | TARIKH AKAN DIBAYAR |
|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 | 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
SEMAK BAKI BANTUAN SARA 2026
Bagaimanapun, penerima yang tidak mengetahui berapa baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang masih ada dalam Kad Pengenalan boleh membuat semakan online seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://sara.gov.my/.
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semak].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 900101012345.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status dan baki terkumpul Bantuan SARA setakat hari ini akan dipaparkan.
- Selesai.
TEMPOH GUNA BAKI SARA 2026
Setelah mengetahui baki yang ada, penerima perlu tahu bahawa baki bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) perlu digunakan sebelum tamat tempoh seperti berikut :
| TEMPOH GUNA | TARIKH TAMAT TEMPOH |
|---|---|
| 12 bulan (Januari – Disember) | 31 Disember 2026 |
PANDUAN GUNA BAYARAN SARA 2026
Bagi penerima yang tidak tahu bagaimana untuk menggunakan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti panduan mudah untuk guna bantuan :
- Semak senarai kedai terdekat yang menerima penggunaan SARA :
- Kunjungi kedai yang terdekat dengan anda.
- Pilih dan ambil barang dapur atau keperluan asas yang ada label SARA.
- Berikan Kad Pengenalan anda kepada juruwang bertugas.
- Juruwang akan sahkan baki anda dan mula imbas setiap barang yang dipilih.
- Kad Pengenalan anda akan dikembalikan bersama resit pembelian.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian rasmi SARA : 03-7720 1800
- E-mel rasmi SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.