BANTUAN RM200 B40 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA ANDA LAYAK ATAUPUN TIDAK
Golongan B40 yang berdaftar dan tersenarai sebagai miskin dan miskin tegar eKasih, layak menerima bantuan bulanan yang disediakan oleh Kerajaan bagi menampung kos sara hidup dengan kadar bayaran diberikan sehingga RM200 sebulan.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan rm200 b40 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN JKM 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN
PENGENALAN BANTUAN RM200 B40
Bantuan B40 sebanyak RM200 merujuk kepada bantuan kepada golongan B40 yang terdiri daripada miskin atau miskin tegar eKasih melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana kadar bulanan bantuan diberikan sehingga RM200 sebulan.
Bantuan B40 RM200 dilaksanakan seperti berikut :
| Jenis Bantuan | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Cara Pelaksanaan | Tanpa tunai (cashless) melalui MyKad untuk perbelanjaan barangan keperluan asas |
| Tempoh Bantuan | 12 Bulan (Bermula Januari sehingga Disember) |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN B40 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN B40 2026
Kadar bulanan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih, adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM2,400 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM1,800 Setahun |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 Setahun |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN B40 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Status Kelayakan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik Status Kelayakan SARA.
- Selesai.
JADUAL KEMASUKAN DUIT BANTUAN RM200 B40
Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| JADUAL BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember | 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas 16 Januari 2026 – Bujang 1 Februari 2026 – Semua 1 Mac 2026 – Semua 1 April 2026 – Semua 1 Mei 2026 – Semua 1 Jun 2026 – Semua 1 Julai 2026 – Semua 1 Ogos 2026 – Semua 1 September 2026 – Semua 1 Oktober 2026 – Semua 1 November 2026 – Semua 1 Disember 2026 – Semua |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026