BANTUAN JKM 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Pelbagai inisiatif bantuan yang disediakan untuk membantu golongan sasar yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan seharian dengan baik termasuk skim bantuan tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan jkm 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SKAS FASA 3 2026 : SEMAKAN & BAYARAN
OBJEKTIF BANTUAN JKM 2026
Tujuan utama pelaksanaan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah untuk :
- Memenuhi keperluan asas penerima;
- Sumber kewangan sementara untuk kelangsungan dan kesejahteraan hidup;
- Sebagai alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan;
- Sebagai alat pemulihan agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti atau masyarakat.
SENARAI BANTUAN JKM 2026
Terdapat beberapa jenis bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disediakan termasuk :
- Bantuan Bulanan; dan
- Bantuan one-off
| BANTUAN BULANAN | BANTUAN ONE-OFF |
|---|---|
| – Bantuan Kanak-kanak (BKK); – Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU); – Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB); – Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT); – Bantuan Warga Emas (BWE); – Bantuan Am Persekutuan (BA); – Bantuan Anak Pelihara (BAP); – Bantuan Latihan Perantis (BLP) | – Geran Pelancaran; – Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan; – Tabung Bantuan Segera (TBS) |
JUMLAH BANTUAN JKM 2026
Amaun Bantuan JKM mengikut jenis dan keperluan penerima adalah seperti berikut :
- Bantuan JKM Secara Bulanan :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bantuan Kanak-kanak (BKK) | RM200 – 6 tahun ke bawah RM250 – 7 – 18 tahun (RM1,000 sekeluarga) |
| Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | RM450 sebulan |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | RM300 sebulan |
| Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) | RM500 sebulan |
| Bantuan Warga Emas (BWE) | RM600 sebulan |
| Bantuan Am Persekutuan (BA) | RM150 sebulan seorang atau RM500 sebulan sekeluarga |
| Bantuan Anak Pelihara (BAP) | RM250 seorang anak atau RM500 untuk lebih seorang anak |
| Bantuan Latihan Perantis (BLP) | RM200 sebulan |
- Bantuan JKM Secara Sekaligus (sekali bayaran/one-off) :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Geran Pelancaran | RM2,700 sekaligus |
| Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan | Tertakluk keperluan |
| Tabung Bantuan Segera (TBS) | Tidak melebihi RM300 |
CARA MOHON BANTUAN JKM ONLINE 2026
Permohonan Bantuan JKM 2026 boleh dibuat secara dalam talian seperti berikut :
- Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Halaman utama Portal eBantuanJKM akan dipaparkan.
- Klik Butang [Daftar Permohonan Atas Talian].
- Senarai [Dokumen Sokongan Permohonan] yang diperlukan akan dipaparkan untuk pemohon sediakan.
- Kemudian Klik [Daftar Permohonan].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkat di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, Klik Butang [Daftar].
- Cetak permohonan untuk tujuan rujukan.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN JKM 2026
Berikut merupakan beberapa dokumen diperlukan untuk permohonan Bantuan JKM 2026 :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan)
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Belakang)
- Salinan Kad Pengenalan/ Mykid/ Sijil Kelahiran Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama Sahaja
- Salinan Kad Oku/ Slip Pendaftaran Sementara (Bagi Pemohon Oku)
- Salinan Sijil Kematian/ Perceraian (Jika Berkaitan)
- Penyata Pendapatan Atau Surat Pengesahan Pendapatan Dari Majikan/ Surat Akuan
- Laporan Dari Agensi Lain Yang Berkaitan (Aadk/ Polis/ Penjara) (Jika Berkaitan)
- Salah Satu Salinan Bil Utiliti Seperti Air/ Elektrik/ Telefon/ Astro, Dll (Bagi Pengesahan Alamat)
- Kertas Cadangan Projek Dan Sebut Harga Barang (Bagi Permohonan Bantuan Geran
- Pengesahan Rawatan/ Surat Sokongan/ Syor Daripada Doktor/ Pakar Perubatan Dan Sebut Harga Barang (Bagi Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan)
SEMAK STATUS BANTUAN JKM 2026
Status Kelayakan Bantuan JKM 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Halaman utama Portal eBantuanJKM akan dipaparkan.
- Klik Butang [Semak Status Permohonan Talian].
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] tanpa (-) di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, Klik Butang [Semak].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Pemohon;
- Nombor Kad Pengenalan;
- Status Bantuan / Permohonan : Sama Ada Berjaya atau Tidak
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan JKM, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 8000 8000
- Portal Rasmi JKM : https://www.jkm.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jkm.gov.my/main/submenu/skimbantuankebajikan?menu=Skim%20Bantuan%20Kebajikan