PEMBAYARAN SARA 2026 : SEMAK

PEMBAYARAN SARA 2026 : SEMAK

Segala maklumat pembayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) seperti jumlah, tarikh dan platform bayaran untuk tahun 2026 telah dinyatakan oleh Kerajaan MADANI untuk memudahkan penerima mengetahui status bayaran masing-masing.

Bagaimanakah cara semak pembayaran SARA? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN TUNAI STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK UNTUK FASA 3

PLATFORM BAYARAN SARA 2026

Hanya satu (1) sahaja platform bayaran Bantuan SARA disediakan supaya semua penerima dapat menerima dan menggunakan bantuan dengan mudah :

CARA BAYARANPLATFORM
Pembayaran secara tanpa tunai
(cashless) dikreditkan
automatik setiap bulan
Kad Pengenalan (MyKad)

JUMLAH PEMBAYARAN SARA 2026

Kategori dan kelayakan penerima adalah penentu kepada jumlah Bantuan SARA yang akan dibayar untuk tahun 2026 seperti berikut :

KATEGORI &
KELAYAKAN PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM2,400 setahun
Warga Emas
Miskin Tegar
RM1,800 setahun
Bujang
Miskin Tegar
RM1,200 setahun
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM1,200 setahun
Warga Emas
Bukan Miskin
RM600 setahun
Bujang
Bukan Miskin
RM600 setahun

JADUAL BAYARAN SARA 2026

Namun, bayaran Bantuan SARA bukanlah dikreditkan sekaligus. Tetapi dikreditkan secara ansur setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH BAYARANISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
09 – 16/01/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/02/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/03/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/04/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/05/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/06/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/07/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/08/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/09/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/10/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/11/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50
01/12/2026RM200 / RM100RM150 / RM50RM100 / RM50

SEMAK STATUS PEMBAYARAN SARA 2026

Untuk mengetahui status pembayaran Bantuan SARA sama ada telah dikreditkan atau belum, ikuti cara semak seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi SARA : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi SARA.
  3. Terus ke bahagian ‘Semak Kelayakan’.
  4. Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan anda :
    • Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 500330112345.
  5. Tick pada kotak [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status bayaran Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan seperti berikut :
Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

CARA GUNA BAYARAN SARA 2026

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan SARA untuk beli barang dapur dan keperluan asas lain mengikut cara yang mudah seperti berikut :

LANGKAHCARA-CARA GUNA BANTUAN SARA
1.Semak senarai kedai berdaftar berhampiran anda
https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
2.Kunjungi kedai yang berdaftar berhampiran anda
3.Pilih dan ambil barang dapur / keperluan asas
yang ada label ‘SARA (Sumbangan Asas Rahmah)’
4.Berikan Kad Pengenalan anda untuk
disahkan sebagai penerima
5.Juruwang akan imbas setiap barang
yang dipilih
6.Transaksi bayaran akan disahkan guna
Kad Pengenalan anda
7.Kad Pengenalan anda akan dikembalikan
bersama resit pembelian

INFO LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment