BAKI MY SARA 2026 : SEMAKAN JUMLAH BAKI DALAM MYKAD

BAKI MY SARA 2026 : SEMAKAN JUMLAH BAKI DALAM MYKAD

Jumlah elaun atau kredit bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang masih ada atau belum habis digunakan dalam MyKad penerima yang layak untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan akan luput secara automatik sekiranya tidak digunakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai panduan cara semak baki My SARA 2026 dalam MyKad secara online, kadar pengkreditan bulanan mengikut kategori penerima, serta cara menyemak baki menerusi resit pembelian.

Bagaimanakah semak jumlah baki my sara 2026 dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH BAYARAN WANG STR 2026 : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN UNTUK FASA 3

CARA SEMAK BAKI MY SARA ONLINE

Baki duit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad penerima boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00 (bergantung kepada penggunaan penerima)

KADAR PENGKREDITAN BULANAN SARA 2026

Jumlah kredit bantuan dalam MyKad anda akan ditambah secara automatik pada setiap bulan mengikut ketetapan kategori penerima berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

JADUAL PENGKREDITAN MY SARA 2026

Elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan dikreditkan kepada penerima yang seperti berikut :

JADUAL BAYARANKATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

Baki kredit yang tidak dihabiskan pada bulan semasa akan dibawa secara automatik ke bulan seterusnya. Walau bagaimanapun, semua Baki My SARA 2026 yang tinggal wajib dihabiskan sebelum 31 Disember 2026 kerana kredit tersebut akan terbatal secara automatik selepas tarikh tamat program.

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS BOLEH DIBELI

Anda boleh membelanjakan baki SARA 2026 dalam MyKad hanya untuk barangan asas berlabel MyKasih, antaranya :

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Barangan Perasa / Bahan Masakan;
  • Minuman Minuman Sehari-hari;
  • Makanan Sejuk Beku;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Produk Kebersihan Diri;
  • Bahan Kebersihan Rumah;
  • Ubat-ubatan Berdaftar;
  • Barangan persekolahan;

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SARA, Media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026, serta dikongsikan bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca, dan sem

Leave a Comment