SEMAK STATUS BUDI95 : KELAYAKAN & BAKI TERKINI
Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) meneruskan inisiatif Kerajaan bagi memastikan pemberian subsidi petrol RON95 menyasar secara terus kepada rakyat Malaysia yang betul-betul layak. Melalui program ini, pengguna yang memenuhi syarat dapat menikmati harga subsidi petrol sebanyak RM1.99 seliter.
Bagi anda yang ingin membuat semak status BUDI95, mengetahui status kelayakan, serta menyemak baki kuota bulanan terkini, ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : BAKI BANTUAN SARA – PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK
PENGENALAN BUDI95
BUDI95 merupakan program subsidi bersasar petrol RON95 di bawah kerangka Malaysia MADANI. Langkah ini dilaksanakan bagi mengelakkan ketirisan subsidi dan memastikan keutamaan bantuan diberikan kepada warganegara Malaysia.
Dengan inisiatif ini, penerima yang layak dikecualikan daripada membayar harga pasaran tanpa subsidi (dianggarkan mencecah RM3.77 seliter) dan hanya perlu membayar RM1.99 seliter.
KADAR KUOTA BUDI95
Kerajaan menetapkan kadar kuota penggunaan subsidi BUDI95 sebanyak 200 liter setiap bulan bagi setiap individu yang layak.
Pembaruan Kuota: Kuota ini akan diperbaharui secara automatik pada 1 haribulan setiap bulan.
Jika Kuota Habis: Pengisian seterusnya dalam bulan yang sama perlu dibayar mengikut harga pasaran tanpa subsidi.

SYARAT KELAYAKAN BUDI95
Tidak semua rakyat Malaysia layak menggunakan BUDI95, kerana ianya diberikan kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia.
- Umur: Berumur 16 tahun dan ke atas.
- Lesen Memandu: Mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan aktif.
- Had Pendapatan: Tiada had pendapatan dikenakan (terbuka kepada semua warganegara yang mempunyai lesen aktif).
SEMAK STATUS BUDI95
Bagaimanapun, untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima dan baki kuota BUDI95 yang terkini, anda boleh semak secara terus di Portal Rasmi BUDI MADANI seperti panduan berikut :
- Layari Portal Rasmi BUDI MADANI di : https://www.budirakyat.gov.my/landing.
- Portal Rasmi BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang “-“.
- Contoh : 800229012345.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang “-“.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status kelayakan dan baki BUDI95 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BUDI95
Penerima-penerima yang disahkan layak boleh mendapatkan minyak petrol RON95 dengan harga subsidi iaitu RM1.99 seliter mengikut cara seperti berikut :
- Pergi ke stesen minyak berdekatan anda (Shell / Petron / Petronas / lain-lain).
- Berikan MyKad kepada juruwang atau masukkan ke terminal pembaca di pam.
- Status sebagai penerima BUDI95 akan dipaparkan.
- Nyatakan jumlah liter yang anda ingin isi.
- Contoh : 10 liter = RM19.90.
- Bayar secara tunai atau guna Kad Bank.
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95
- Di manakah saya boleh buat semak status BUDI95?
- Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi BUDI MADANI di https://www.budirakyat.gov.my/landing.
- Adakah kuota BUDI95 yang tidak habis dianjak ke bulan hadapan?
- Tidak. Baki kuota bulanan akan terbatal dan ditetapkan semula kepada 200 liter pada 1 haribulan setiap bulan.
- Mengapa status kelayakan BUDI95 saya tidak lulus/tidak wujud?
- Antara punca biasa adalah Lesen Memandu Malaysia (LMM) telah tamat tempoh/tidak aktif, atau maklumat MyKad yang dimasukkan tidak tepat.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat-maklumat di atas berkaitan BUDI95 adalah dirujuk daripada laman web rasmi BUDI MADANI RON95. Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk pihak berwajib melalui :
- Talian BUDI95 : 1300 88 9595
- Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
- E-mel BUDI95 : [email protected]
Penafian:
Artikel ini ditulis untuk tujuan perkongsian maklumat awam sahaja berdasarkan sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia dan portal rasmi BUDI MADANI. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pengguna.