BAKI BANTUAN SARA – PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK
Masih ramai antara penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mempunyai baki penuh atau sebahagian dan masih belum menggunakan bantuan untuk beli barang keperluan asas setiap bulan di mana-mana premis terpilih.
Bagaimanakah panduan lengkap cara semak baki Bantuan SARA? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MY KASIH RM100 – KELAYAKAN PENERIMA
JUMLAH BAKI BANTUAN SARA
Jika penerima masih belum pernah menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), baki terkumpul yang ada sehingga kini (Mei) adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT (SEBULAN) | JUMLAH BAKI (SEMASA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 | RM1,000 |
| Warga Emas B40 | RM150 | RM750 |
| Bujang B40 | RM100 | RM500 |
| Isi Rumah M40 | RM100 | RM500 |
| Warga Emas M40 | RM50 | RM250 |
| Bujang M40 | RM50 | RM250 |
TARIKH KREDIT BANTUAN SARA
Tarikh pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada setiap bulan adalah jadual berikut :
| BIL. | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| 1. | 09 – 16.01.2026 (Jumaat) |
| 2. | 01.02.2026 (Ahad) |
| 3. | 01.03.2026 (Ahad) |
| 4. | 01.04.2026 (Rabu) |
| 5. | 01.05.2026 (Jumaat) |
| 6. | 01.06.2026 (Isnin) |
| 7. | 01.07.2026 (Rabu) |
| 8. | 01.08.2026 (Sabtu) |
| 9. | 01.09.2026 (Selasa) |
| 10. | 01.10.2026 (Khamis) |
| 11. | 01.11.2026 (Ahad) |
| 12. | 01.12.2026 (Selasa) |
TEMPOH GUNA BANTUAN SARA
Walaupun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan setiap bulan, ianya mempunyai tempoh sah guna yang ditetapkan seperti berikut :
| TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR |
|---|---|
| 12 bulan | Sebelum 31.12.2026 (Khamis) |
PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK BAKI BANTUAN SARA
Jika anda telah menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk beli barang keperluan asas, baki yang ada dalam Kad Pengenalan akan berkurang dan boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini : https://sara.gov.my/.
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan baki terkumpul Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status dan baki terkumpul :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 300.00 |
PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN SARA
Bagi penerima yang belum pernah menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk beli barang keperluan asas, ikuti panduan lengkap cara guna di bawah :
- Semak senarai premis yang berdaftar SARA di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Kunjungi salah satu premis yang berdaftar berhampiran anda.
- Pilih dan ambil barang dapur / keperluan asas yang ada label SARA.
- Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Setiap barang yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan.
- Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.
INFO LANJUT
Segala informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SARA MOF : 03-7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.