CHECK BAKI DUIT MYKASIH 2026

CHECK BAKI DUIT MYKASIH 2026

Baki duit bulanan MyKasih yang tidak digunakan dalam MyKad boleh di semak dengan mudah secara online tanpa memerlukan semakan fizikal di kaunter pembayaran kedai berdaftar, dan kredit lebihan yang tidak digunakan boleh digunakan bila-bila masa sahaja sebelum tarikh akhir program.

Bagaimanakah check baki duit mykasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SARA BULANAN ONLINE : BAYARAN MYKASIH 2026

KEPENTINGAN CHECK BAKI DUIT MYKASIH

Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) amat penting untuk di semak untuk tujuan :

  • Kelancaran transaksi pembeli barangan keperluan asas yang diluluskan;
  • Kegunaan sebelum tarikh luput

CHECK JUMLAH DUIT MYKASIH SETIAP BULAN

Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

CARA CHECK BAKI DUIT MYKASIH 2026

Baki dan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00 (bergantung kepada kegunaan penerima)

CARA GUNA BAKI DUIT MYKASIH 2026

Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan di bawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama elaun semasa pada bila-bila masa sehingga tarikh akhir bantuan. Cara guna baki elaun yang tidak habis digunakan seperti berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad, sekiranya melebih amaun dalam MyKad, penerima dikehendaki membayaran amaun lebihan menggunakan wang sendiri.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment