SEMAK KELAYAKAN STR TERBARU – LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2026

SEMAK KELAYAKAN STR TERBARU – LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2026

Lebih 9 juta permohonan yang dikemukakan, namun hanya 8.3 juta sahaja permohonan yang melepasi status kelayakan dan hanya seramai 5.2 juta penerima sahaja yang layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagaimanakah semak kelayakan STR terbaru? Sila ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JADUAL BAYARAN SARA SETIAP BULAN 2026 DALAM MYKAD

JUMLAH BANTUAN STR TERBARU

Setiap kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan bujang akan terima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN STR
Isi Rumah
Pendapatan B40
Tiada (0) anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah
Pendapatan M40
Tiada (0) anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga EmasRM600
Bujang
(Diganti bayaran SARA)
*Semua penerima STR dari kategori isi rumah dan warga emas juga akan turut terima bayaran SARA.

JADUAL BAYARAN STR TERBARU

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dijadualkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa yang dilaksanakan sepanjang tahun seperti berikut :

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN STR
Fasa Satu (1)20 hingga 27 Januari 2026
Fasa Dua (2)10 hingga 30 Mac 2026
Fasa Tiga (3)Belum diumumkan
Fasa Empat (4)Belum diumumkan
*Nota : Tarikh bayaran STR Fasa tiga (3) dan Fasa empat (4) akan di atas akan diubah kembali apabila diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri.

CARA BAYARAN BANTUAN STR

Untuk memudahkan penerima menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan menyediakan dua (2) cara bayaran yang mengikut kepada jenis penerima seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Bayaran secara pengkreditan
tunai terus ke dalam
akaun bank penerima
(mengikut nombor akaun
yang didaftarkan semasa
permohonan STR)
Bayaran secara tunai terus
diberikan di kaunter
Bank Simpanan Nasional
(BSN) terdekat termasuk
penerima di Sabah dan
Sarawak

SYARAT KELAYAKAN STR TERBARU

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ditetapkan untuk tahun 2026 :

  • KELAYAKAN ISI RUMAH :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan :
      • B40 : Bawah RM2,500 sebulan;
      • M40 : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan;
    • Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak masih tanggungan).
  • KELAYAKAN WARGA EMAS :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan :
      • Bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
    • Tiada pasangan (balu / bercerai) dan tiada anak masih tanggungan).
  • KELAYAKAN BUJANG :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 21 hingga 59 tahun;
    • Pendapatan :
      • Tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Belum berkahwin atau Balu / Bercerai (tiada anak);
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

SEMAK KELAYAKAN STR TERBARU

Untuk yang ingin mengetahui status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sama ada layak atau tidak terima bayaran Fasa 3, sila semak di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Log Masuk.
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  7. Klik pada butang [Ya] jika betul.
  8. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  9. Klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan STR Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment