JADUAL BAYARAN SARA SETIAP BULAN 2026 DALAM MYKAD

JADUAL BAYARAN SARA SETIAP BULAN 2026 DALAM MYKAD

Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) disalurkan setiap bulan dalam MyKad penerima yang layak khas untuk digunakan bagi pembelian barang dapur dan lain-lain keperluan asas untuk diri dan keluarga.

Bagaimanakah semak jadual bayaran SARA setiap bulan dalam MyKad? Rujuk panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BUDI RON95 : BAKI KUOTA & CARA GUNA

JADUAL BAYARAN SARA SETIAP BULAN 2026

Kerajaan MADANI telah menetapkan jadual pembayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) setiap bulan dalam MyKad dari bulan Januari hingga Disember seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARANSTATUS
1.09 & 16.01.2026 (Jumaat)
2.01.02.2026 (Ahad)
3.01.03.2026 (Ahad)
4.01.04.2026 (Rabu)
5.01.05.2026 (Jumaat)
6.01.06.2026 (Isnin)🔜
7.01.07.2026 (Rabu)🔜
8.01.08.2026 (Sabtu)🔜
9.01.09.2026 (Selasa)🔜
10.01.10.2026 (Khamis)🔜
11.01.11.2026 (Ahad)🔜
12.01.12.2026 (Selasa)🔜

JUMLAH BAYARAN SARA SETIAP BULAN 2026

Bagaimanapun jumlah bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) setiap bulan dikreditkan dalam MyKad penerima kategori isi rumah, warga emas dan bujang adalah berbeza seperti berikut :

  • Penerima Status ‘Miskin & Miskin Tegar’ akan terima :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM200 setiap bulan
Warga EmasRM150 setiap bulan
BujangRM100 setiap bulan
  • Penerima Status ‘Asas Bukan Miskin’ akan terima :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100 setiap bulan
Warga EmasRM50 setiap bulan
BujangRM50 setiap bulan

SENARAI KEGUNAAN BAYARAN SARA 2026

Dengan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) setiap bulan dalam MyKad boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas seperti senarai berikut :

  • Bahan masakan asas :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Makanan Sejuk beku :
    • Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya
  • Barang makanan ringan :
    • Roti, biskut, bijirin dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

SEMAK BAYARAN SARA SETIAP BULAN 2026

Untuk tahu sama ada bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) telah dikreditkan atau belum dalam MyKad untuk bulan ini, semakan boleh dilakukan secara atas talian (online) seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi SARA – https://sara.gov.my/.
  2. Laman web rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ Contoh : 900230112345.
  5. Sahkan anda bukan robot dengan tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan bayaran SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment