CHECK BAKI MYKASIH 2026 : JUMLAH YANG ADA DALAM MYKAD
Tentunya antara 8.1 juta penerima Bantuan MyKasih masih ada yang belum pernah menggunakan bantuan untuk beli barang keperluan asas dan mempunyai baki penuh dalam MyKad. Namun, ada juga penerima yang telah menggunakan sebahagian bantuan dan masih mempunyai baki dalam MyKad.
Bagaimanakah cara check baki MyKasih yang ada dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BUDI RON95 : BAKI KUOTA & CARA GUNA
BAKI TERKUMPUL MYKASIH
Bagi penerima yang belum pernah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas, baki yang terkumpul dalam MyKad setakat bulan Mei ini pastinya sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BAKI TERKUMPUL (SETAKAT MEI 2026) |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM1,000 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM750 |
| Bujang Miskin Tegar | RM500 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM500 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM250 |
| Bujang Bukan Miskin | RM250 |
TARIKH KREDIT MYKASIH 2026
Berikut merupakan tarikh Bantuan MyKasih dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak :
| TARIKH KREDIT | STATUS |
|---|---|
| 9 – 16 Januari 2026 | Telah dikreditkan |
| 1 Februari 2026 | Telah dikreditkan |
| 1 Mac 2026 | Telah dikreditkan |
| 1 April 2026 | Telah dikreditkan |
| 1 Mei 2026 | Telah dikreditkan |
| 1 Jun 2026 | Belum dikreditkan |
| 1 Julai 2026 | Belum dikreditkan |
| 1 Ogos 2026 | Belum dikreditkan |
| 1 September 2026 | Belum dikreditkan |
| 1 Oktober 2026 | Belum dikreditkan |
| 1 November 2026 | Belum dikreditkan |
| 1 Disember 2026 | Belum dikreditkan |
CHECK BAKI MYKASIH 2026
Untuk mengetahui berapa baki terkumpul yang ada dalam MyKad anda, sila check melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| MyKasih | https://www.mykasih.com.my/ms/ |
- Sila ke Portal Rasmi MyKasih (klik pautan di atas 👆).
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi MyKasih.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- *tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot ‘Verify you are human‘.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan baki terkumpul akan dipaparkan.
- Selesai.
TEMPOH GUNA BAKI MYKASIH 2026
Penggunaan baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad ditetapkan selama tempoh berikut :
| TEMPOH GUNA | TARIKH TAMAT TEMPOH |
|---|---|
| 12 bulan | 31 Disember 2026 |
CARA GUNA BAKI MYKASIH
Gunakan baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad untuk beli barang keperluan asas mengikut cara seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800
- E-mel MyKasih : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.