SEMAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Oleh Kerana Bantuan MyKasih SARA disalurkan secara terus tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan, ramai antara penerima yang tidak sedar bahawa mereka layak terima bayaran setiap bulan dalam Kad Pengenalan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : LOGIN MYSTR : SEMAKAN BANTUAN STR FASA 3 2026

PENGENALAN MYKASIH SARA

MyKasih SARA merujuk kepada program bantuan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah di bawah inisiatif MyKasih yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 untuk membeli barang keperluan asas.

JUMLAH PENERIMA MYKASIH SARA 2026

Penerima Bantuan MyKasih SARA yang terkini direkodkan seramai 8.1 juta penerima yang terdiri daripada kategori berikut :

KATEGORIBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah3.7 juta penerima
Warga Emas1.3 juta penerima
Bujang3.1 juta penerima

KADAR BAYARAN MYKASIH SARA 2026

Setiap kategori akan terima bayaran Bantuan MyKasih SARA sebanyak kadar berikut :

KATEGORIPENERIMA B40PENERIMA M40
Isi RumahRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga EmasRM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
BujangRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA 2026

Tetapi, semua penerima akan terima bayaran Bantuan MyKasih SARA pada tarikh yang sama seperti berikut :

  • 09/01/2026 & 16/01/2026 (Jumaat).
  • 01/02/2026 (Ahad).
  • 01/03/2026 (Ahad).
  • 01/04/2026 (Rabu).
  • 01/05/2026 (Jumaat).
  • 01/06/2026 (Isnin).
  • 01/07/2026 (Rabu).
  • 01/08/2026 (Sabtu).
  • 01/09/2026 (Selasa).
  • 01/10/2026 (Khamis).
  • 01/11/2026 (Ahad).
  • 01/12/2026 (Selasa).

SISTEM BAYARAN MYKASIH SARA 2026

Berikut merupakan sistem bayaran Bantuan MyKasih SARA yang ditetapkan kepada semua penerima di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak :

  1. Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun Bantuan SARA bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.

SEMAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2026

Ketahui status kelayakan anda layak atau tidak sebagai penerima Bantuan MyKasih SARA dengan buat semakan di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment