BANTUAN MYKAD MYKASIH 2026 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MyKad ketua isi rumah digunakan untuk pengesahan penerimaan Bantuan MyKasih bernilai RM200 setiap bulan dan boleh digunakan untuk pengesahan bayaran barang keperluan asas di lebih 10,000 premis terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKad MyKasih RM200? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSALAM SEMAKAN KELAYAKAN – LAYAK ATAU TIDAK TUNTUT BANTUAN
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH 2026 RM200
Bantuan MyKasih berjumlah RM200 dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad individu yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori : Ketua Isi Rumah;
- Pendapatan bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
TARIKH TERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200
Berikut merupakan tarikh terima Bantuan MyKasih yang berjumlah RM200 dalam MyKad pada setiap bulan :
- 🗓️ 9 Januari 2026, Jumaat.
- 🗓️ 1 Februari 2026, Ahad.
- 🗓️ 1 Mac 2026, Ahad.
- 🗓️ 1 April 2026, Rabu.
- 🗓️ 1 Mei 2026, Jumaat.
- 🗓️ 1 Jun 2026, Isnin.
- 🗓️ 1 Julai 2026, Rabu.
- 🗓️ 1 Ogos 2026, Sabtu.
- 🗓️ 1 September 2026, Selasa.
- 🗓️ 1 Oktober 2026, Khamis.
- 🗓️ 1 November 2026, Ahad.
- 🗓️ 1 Disember 2026, Selasa.
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200
Berikut merupakan perkara yang boleh beli menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad dan perkara yang tidak boleh :
| ✅ BOLEH GUNA BANTUAN MYKAD | ❌ TAK BOLEH GUNA BANTUAN MYKAD |
|---|---|
| – Barang dapur. – Minuman – Lampin pakai buang. – Sabun mandian. – Shampoo. – Ubat gigi. – Ubat-ubatan. – Barang sekolah. – Produk kebersihan rumah | – Bayar bil elektrik. – Bayar pengangkutan awam. – Bayar tol. – Barang elektronik. – Rokok. – Barang plastik. – Pakaian. |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD MYKASIH 2026 RM200
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih boleh disemak secara terus online melalui Portal Rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800
- E-mel MyKasih : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.