SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 100 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 100 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Daripada 8.1 juta penerima, hanya sebahagian sahaja yang disahkan layak menerima bayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan sebagainya.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH 100 2026

Bayaran Bantuan MyKasih bernilai RM100 disalurkan ke dalam MyKad setiap penerima yang layak pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

JUMLAH BANTUANTARIKH BAYARAN
RM10009 & 16/01/2026 (Jumaat)
RM10001/02/2026 (Ahad)
RM10001/03/2026 (Ahad)
RM10001/04/2026 (Rabu)
RM10001/05/2026 (Jumaat)
RM10001/06/2026 (Isnin)
RM10001/07/2026 (Rabu)
RM10001/08/2026 (Sabtu)
RM10001/09/2026 (Selasa)
RM10001/10/2026 (Khamis)
RM10001/11/2026 (Ahad)
RM10001/12/2026 (Selasa)

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN MYKASIH 100 2026

Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 khusus diberikan kepada dua (2) kategori, iaitu :

  • Isi Rumah; dan
  • Bujang.

Yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
ISI RUMAH
KELAYAKAN
BUJANG
WarganegaraMalaysiaMalaysia
Had UmurTiada had umur21 hingga 59 tahun
Status
Perkahwinan
Berkahwin

atau

Balu / bercerai
(ada anak masih
tanggungan)
Bujang

atau

Balu / Bercerai
(tiada anak masih
tanggungan)
Kadar
Pendapatan
RM2,500
sehingga
RM5,000 sebulan
Bawah garis
kemiskinan dan
tersenarai e-Kasih
Permohonan STRLulusLulus

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 100 2026

Bagi yang belum mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih, sila ikuti cara semak status seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
    • [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
    • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
  4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
  5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
  6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  9. Klik pada butang [Semakan Status].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH 100 2026

Ikuti cara mudah untuk guna Bantuan MyKasih bernilai RM100 seperti berikut :

  1. Pergi ke peruncit yang berdaftar dengan MyKasih (https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barang keperluan asas yang ada label MyKasih.
  3. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan imbas setiap barang yang diambil.
  5. Transaksi bayaran akan disahkan guna MyKad penerima.
  6. Resit bayaran akan diberikan.

*Perlu diingatkan bahawa penerima Bantuan MyKasih RM100 hendaklah membuat pembelian tidak melebihi baki yang ada dalam MyKad. Sekiranya melebihi, penerima perlu bayar lebihan tersebut secara tunai.

TARIKH AKHIR GUNA BANTUAN MYKASIH 2026

Walaupun Bantuan MyKasih dikreditkan setiap bulan dari Januari hingga Disember, penerima perlu mengetahui tarikh akhir penggunaan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas adalah pada tarikh seperti berikut :

TEMPOH GUNATARIKH AKHIR GUNA
12 bulan31/12/2026 (Khamis)

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment