SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI

SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI

Bayaran Bantuan MyKasih untuk bulan Mei adalah merupakan bayaran yang ke-lima (5) dilaksanakan untuk tahun 2026 dan seramai lebih 8.1 juta penerima yang disahkan layak telahpun mula menerima pengkreditan dalam MyKad.

Bagaimanakah semak status bayaran MyKasih dalam MyKad untuk bulan Mei? Rujuk panduan di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN SABAH : BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

TARIKH BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI

Kerajaan telah mengkreditkan bayaran Bantuan MyKasih ke dalam MyKad semua penerima yang layak untuk bulan Mei yang bertarikh pada :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Isi Rumah,
Warga Emas
dan
Bujang
🗓️ 01 Mei 2026 (Jumaat)

JUMLAH BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI

Namun, jumlah bayaran Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad untuk bulan Mei adalah berbeza bagi setiap kategori penerima seperti berikut :

  • 👰🤵 Kategori Isi Rumah :
ISI RUMAH
MISKIN TEGAR
ISI RUMAH
BUKAN MISKIN
RM200 / setiap ketua keluargaRM100 / setiap ketua keluarga
  • 🧑‍🦳 Kategori Warga Emas :
WARGA EMAS
MISKIN TEGAR
WARGA EMAS
BUKAN MISKIN
RM150 / setiap individuRM50 / setiap individu
  • 🧑‍🦱 Kategori Bujang :
BUJANG
MISKIN TEGAR
BUJANG
BUKAN MISKIN
RM100 / setiap individuRM50 / setiap individu

TEMPOH GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI

Semua penerima perlu mengetahui bahawa Bantuan Mykasih yang dikreditkan dalam MyKad pada bulen Mei mempunyai tempoh penggunaan yang ditetapkan selama berikut :

TARIKH KREDITTEMPOH GUNATARIKH AKHIR
01 Mei 20268 bulan31 Disember 2026

SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI

Status kelayakan dan bayaran Bantuan MyKasih untuk bulan Mei boleh disemak secara terus melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan bayaran bulan Mei akan dipaparkan.
  8. Selesai.

PANDUAN PENGGUNAAN MYKASIH DALAM MYKAD

Jika anda disahkan layak dan Bantuan MyKasih telah dikreditkan dalam MyKad anda, ikuti panduan penggunaan yang betul seperti berikut :

LANGKAHCARA PENGGUNAAN MYKASIH
1.Pergi ke premis terpilih MyKasih berhampiran anda
2.Pilih barang keperluan asas yang ada label MyKad
3.Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan
4.Juruwang akan imbas setiap barang MyKasih
5.Pembayaran akan disahkan guna MyKad penerima
6.MyKad akan dikembalikan dan resit pembelian akan diberikan

INFO LANJUT

Segala informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment