BANTUAN SARA DIRI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dan menghadapi peningkatan kos sara hidup yang semakin mencabar, Kerajaan menyediakan Bantuan Sara Diri khusus untuk golongan yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Sara Diri? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAKAN BAYARAN : CEK STATUS PENERIMA BANTUAN 2026
APA ITU BANTUAN SARA DIRI?
Bantuan Sara Diri adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup individu dan keluarga untuk memenuhi keperluan asas harian.
JUMLAH AGIHAN BANTUAN SARA DIRI
Namun perlu diketahui bahawa jumlah Bantuan Sara Diri yang diagihkan adalah berbeza bagi setiap kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH AGIHAN (B40) | JUMLAH AGIHAN (M40) |
|---|---|---|
| ISI RUMAH (Berkahwin / Balu / Bercerai ada anak) | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| WARGA EMAS (Bujang / Balu / Bercerai tiada anak) | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| BUJANG (Bujang / Balu / Bercerai tiada anak) | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
CARA AGIHAN BANTUAN SARA DIRI
Untuk memudahkan setiap penerima menerima Bantuan Sara Diri, Kerajaan mengagihkan melalui satu (1) cara seperti berikut :
- Setelah permohonan diluluskan, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan Diri penerima.
- Bantuan akan dikreditkan secara automatik ke dalam Kad Pengenalan Diri penerima.
- Penerima boleh menggunakan untuk beli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran di dalam premis masing-masing.
*Nota : Penerima tidak boleh buat pengeluaran tunai atau beli barang bukan keperluan asas yang terpilih.
TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA DIRI
Kerajaan mengagihkan Bantuan Sara Diri kepada semua penerima yang layak mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
| BULAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|
| Januari | 09 dan 16/01/2026 |
| Februari | 01/02/2026 |
| Mac | 01/03/2026 |
| April | 01/04/2026 |
| Mei | 01/05/2026 |
| Jun | 01/06/2026 |
| Julai | 01/07/2026 |
| Ogos | 01/08/2026 |
| September | 01/09/2026 |
| Oktober | 01/10/2026 |
| November | 01/11/2026 |
| Disember | 01/12/2026 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA DIRI
Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Sara Diri adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Berkahwin / balu / bercerai (ada / tiada anak);
- Pendapatan bawah RM2,500 (B40) / sehingga RM5,000 (M40).
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA DIRI 2026
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara Diri, ikuti panduan semakan status yang lengkap seperti di bawah :
- Layari puatan rasmi laman web SARA di sini : https://sara.gov.my/.
- Laman web SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa sengkang ‘-‘ dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 880330112345.
- *Tanpa sengkang ‘-‘ dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan Sara akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SARA : 03 7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://sara.gov.my/.