MYKASIH 2026 SEMAKAN BAYARAN : CHECK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH SARA
Setiap penerima yang lulus bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, serta disahkan sebagai penerima eKasih layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan bagi tempoh 12 bulan.
Bagaimanakah semakan bayaran mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: LOGIN STR FASA 4 (SEMAKAN STATUS 2026 BANTUAN)
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan Penerima Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Berdaftar dan tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
MANFAAT BANTUAN MYKASIH
Penerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh menggunakan elaun bantuan untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Makanan Asas;
- Makanan Sejuk Beku;
- Barangan Asas Dapur;
- Makanan dan Minum;
- Makanan Dalam Tin;
- Barangan Kebersihan Rumah;
- Produk Penjagaan Diri;
- Ubat-ubatan;
- Barang Keperluan sekolah.
JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2026
Amaun Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
TARIKH & JADUAL RASMI BAYARAN MYKASIH 2026
| TARIKH BAYARAN | KAEDAH BAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|---|
| 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | MyKad (Kad Pengenalan) | 31 Disember 2026 |
SEMAKAN BAYARAN MYKASIH 2026
Status Kelayakan Penerima Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (contoh) |
CARA GUNA ELAUN BAYARAN MYKASIH
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan elaun bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, boleh ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan selepas pembelian untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026