SEMAK BANTUAN WARGA EMAS : STATUS KELAYAKAN & KADAR BAYARAN

SEMAK BANTUAN WARGA EMAS : STATUS KELAYAKAN & KADAR BAYARAN

Bantuan sebanyak RM600 disalurkan setiap bulan kepada Warga Emas yang layak untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti supaya kebajikan Warga Emas setiasa terjaga dan bebanan kewangan rapat diringankan.

Bagaimanakah semak status kelayakan Bantuan Warga Emas? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

KADAR BAYARAN BANTUAN WARGA EMAS

Setiap Warga Emas yang berkelayakan akan terima bayaran bantuan tunai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan jumlah yang sama setiap penerima seperti berikut :

KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
KADAR BAYARAN
SETAHUN
RM600 setiap bulanRM7,200 setahun
*Jika penerima menerima
bayaran bermula dari
Januari hingga Disember.

CARA BAYARAN BANTUAN WARGA EMAS

Penerima yang mempunyai akaun dan yang tiada akaun bank akan terima bayaran Bantuan Warga Emas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui cara-cara seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
Penerima mempunyai akaun bankBayaran secara pengkreditan terus
ke dalam akaun bank penerima
mengikut nombor akaun yang
didaftarkan semasa permohonan
Penerima tiada akaun bankBayaran secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau
tunai di pejabat Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS

Namun, tidak semua rakyat Malaysia layak untuk menerima Bantuan Warga Emas kerana ianya disalurkan khusus kepada rakyat yang benar-benar layak (mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan) seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
  • Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan sekiranya tinggal bersama / menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK semasa; dan
  • Warga Emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jangaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

*Nota : Pengiraan umur Warga Emas adalah berdasarkan tahun kelahiran.

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS

Bagi Warga Emas yang telah kemukakan permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh semak status kelayakan untuk mengetahui sama ada layak atau tidak terima bayaran bulanan.

Ikuti cara semak status kelayakan di laman web rasmi JKM di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
  3. Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
  4. Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status penerima Bantuan Warga Emas (BWE) akan dipaparkan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks JKM : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/.

Leave a Comment