SEMAK KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 3 2026
Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk Fasa 1 dan Fasa 2 telah selesai dilaksanakan pada bulan Mac yang lalu. Kini, Kerajaan akan melaksanakan bayaran Fasa 3 yang mana penerima baharu mungkin meningkat seiring dengan permohonan yang dibuka sepanjang tahun.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BUDI MADANI 95 – KELAYAKAN & BAKI KUOTA
MEDIUM BAYARAN STR FASA 3 2026
Pembayaran Bantuan STR untuk Fasa 3 dilaksanakan sama seperti fasa-fasa sebelum ini, iaitu mengikut kepada jenis penerima yang ada atau tiada akaun bank :
| PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
|---|---|
| Bayaran secara pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan) | Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima (termasuk Sabah dan Sarawak) |
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026
Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan STR untuk Fasa 3 mengikut tarikh seperti berikut :
| MEDIUM BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Pengkreditan dalam akaun bank penerima | Ogos 2026 |
| Bayaran tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) | Ogos 2026 |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026
Setiap kategori telah ditetapkan dengan jumlah bayaran Bantuan STR yang berbeza seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | Tiada anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
BILANGAN PENERIMA STR FASA 3 2026
Seiring dengan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun, bilangan penerima bayaran Bantuan STR juga akan bertambah seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | BILANGAN PENERIMA |
|---|---|
| Fasa 1 | 5.0 juta penerima |
| Fasa 2 | 5.2 juta penerima |
| Fasa 3 | 5.5 juta penerima (Anggaran) |
| Fasa 4 | Belum diketahui |
SEMAK KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 3 2026
Ikuti cara semakan kelayakan penerima bayaran Bantuan STR seperti panduan berikut :
- Layari laman rasmi Portal STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan Pemuka pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima STR Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.