BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 : SEMAKAN STATUS BAYARAN
Barang dapur adalah merupakan keperluan asas yang paling utama bagi semua. Namun, adakalanya harga barangan dapur meningkat dan menjadi beban kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Oleh itu, Kerajaan menyalurkan Bantuan Barang Dapur untuk rakyat B40 dan m40.
Bagaimanakah semakan status bayaran Bantuan Barangan Dapur? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS EKASIH ONLINE 2026 : BAYARAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
SYARAT PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR
Kerajaan menyalurkan Bantuan Barang Dapur secara automatik kepada yang layak tanpa sebarang permohonan. Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Barang Dapur :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Had Umur :
- Isi Rumah : Tiada had umur;
- Warga Emas : 60 tahun dan ke atas;
- Bujang : 21 hingga 59 tahun.
- Kadar Pendapatan :
- Bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40);
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
HAD BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026
Namun, kerajaan menyalurkan Bantuan Barang Dapur kepada setiap kategori mengikut had seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | HAD BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
| Isi Rumah M40 | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas B40 | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun |
| Warga Emas M40 | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Bujang B40 | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Bujang M40 | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
TARIKH & TEMPOH BANTUAN BARANG DAPUR 2026
Berikut merupakan tarikh dan tempoh guna Bantuan Barang Dapur untuk tahun 2026 :
| TARIKH KREDIT | TEMPOH GUNA | TARIKH TAMAT |
|---|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR
Penerima yang layak boleh mendapatkan barangan dapur mengikut senarai berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung :
- Gandum;
- Tepung ubi;
- Tepung Jagung;
- Tepung kastard.
- Sos Cili.
- Sos Tomato.
- Kicap.
- Cukup Rasa.
- Makanan dalam tin.
- Makanan sejuk beku.
- Mi Segera.
- Biskut.
- Bijirin.
- Minuman :
- Kopi.
- Teh.
- Coklat / Milo.
- Susu tepung / susu pekat / susu cair.
CARA TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR
Ikuti cara tebus Bantuan Barang Dapur seperti berikut :
- Kunjungi pasar raya / pasar mini / kedai runcit yang terdekat.
- Pilih barang dapur yang anda perlukan.
- Tunjukkan Kad Pengenalan anda pada juruwang bertugas.
- Juruwang akan imbas barang dapur yang anda pilih.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan anda.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan dan bayaran Bantuan Barang Dapur, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status bayaran Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.