BANTUAN MYKASIH RM200 2026 : SEMAKAN STATUS BAYARAN
Tanpa memerlukan sebarang permohonan, Bantuan MyKasih akan disalurkan secara automatik pada setiap bulan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Bayaran bermula RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun selama 12 bulan.
Bagaimanakah semakan status bayaran Bantuan MyKasih RM200? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS EKASIH ONLINE 2026 : PENERIMA YANG LAYAK AKAN DIBAYAR DALAM MYKAD
SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM200
Bayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM200 sebulan diberikan secara automatik kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori | Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak masih tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan tersenarai dalam rekod sistem e-Kasih |
| Permohonan STR | Lulus permohonan STR Fasa 1 2026 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM200 2026
Sebulan sekali penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan MyKasih sebanyak RM200 mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| 9 Januari 2026, Jumaat | RM200 |
| 1 Februari 2026, Ahad | RM200 |
| 1 Mac 2026, Ahad | RM200 |
| 1 April 2026, Rabu | RM200 |
| 1 Mei 2026, Jumaat | RM200 |
| 1 Jun 2026, Isnin | RM200 |
| 1 Julai 2026, Rabu | RM200 |
| 1 Ogos 2026, Sabtu | RM200 |
| 1 September 2026, Selasa | RM200 |
| 1 Oktober 2026, Khamis | RM200 |
| 1 November 2026, Ahad | RM200 |
| 1 Disember 2026, Selasa | RM200 |
MEDIUM BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM200
Walaubagaimanapun, Bantuan MyKasih tidak akan dibayar secara tunai. Namun, kerajaan telah menetapkan medium bayaran Bantuan MyKasih adalah seperti berikut :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Status kelayakan dan status bayaran Bantuan MyKasih boleh disemak secara online dengan mudah melalui Portal Rasmi MyKasih. Ikuti panduan semakan status yang lengkap seperti di bawah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2026
Berikut merupakan panduan cara guna Bantuan MyKasih yang dibayar melalui Kad Pengenalan penerima :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA |
|---|---|
| 1. | Kunjungi mana-mana premis yang berdaftar MyKasih |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang diluluskan dan ada label MyKasih |
| 3. | Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima |
| 4. | Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih mengikut kategori yang diluluskan |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan penerima |
| 6. | Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Pertanyaan MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.