SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Kini, ketua-ketua isi rumah yang berkelayakan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM200 setiap bulan dalam MyKad boleh terus menggunakannya untuk pembelian barang keperluan asas harian untuk seisi keluarga di mana-mana 10,000 kedai yang terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan RM200 setiap bulan dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN CIKGU COS 2026 : myPDPP
KEGUNAAN BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Bantuan RM200 setiap bulan dikreditkan dalam MyKad adalah khusus untuk digunakan bagi pembelian barang keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Makanan sejuk beku.
- Bahan perasa.
- Produk penjagaan diri.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
- Produk kebersihan rumah.
TARIKH KREDIT BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Setiap bulan Bantuan RM200 akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | RM200 |
| 1 Februari 2026 | RM200 |
| 1 Mac 2026 | RM200 |
| 1 April 2026 | RM200 |
| 1 Mei 2026 | RM200 |
| 1 Jun 2026 | RM200 |
| 1 Julai 2026 | RM200 |
| 1 Ogos 2026 | RM200 |
| 1 September 2026 | RM200 |
| 1 Oktober 2026 | RM200 |
| 1 November 2026 | RM200 |
| 1 Disember 2026 | RM200 |
CARA GUNA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Hanya penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan RM200 setiap bulan dalam MyKad untuk pembelian barang keperluan asas seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda.
- Senarai kedai terpilih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Pilih barang keperluan berdasarkan kategori yang diluluskan.
- *Pastikan tidak melebihi RM200.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Bayaran akan disahkan menggunakan MyKad anda.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Bantuan RM200 setiap bulan hanya dikreditkan kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori | Ketua Isi Rumah |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / duda / janda (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan bawah garis kemiskinan (tersenarai dalam rekod data e-Kasih) |
| Permohonan STR 2026 | Lulus |
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM200 dalam MyKad, sila ikuti panduan semakan yang lengkap di laman web rasmi seperti di bawah :
- Layari laman web rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian ‘Semak Kelayakan’.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900430112345.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
INFO LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/.