BANTUAN RM100 SEBULAN SELANGOR : PERMOHONAN & SEMAKAN

BANTUAN RM100 SEBULAN SELANGOR : PERMOHONAN & SEMAKAN

Krisis geopolitik di Asia Barat sedikit sebanyak memberi kesan kepada bekalan barang keperluan asas dan menjadikan harga sesetengah barang meningkat. Bagi mengelakkan rakyat terkesan, Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan Bantuan RM100 sebulan.

Bagaimanakah cara permohonan dan semakan Bantuan RM100 sebulan Selangor? Rujuk panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026

APA ITU BANTUAN RM100 SEBULAN SELANGOR?

Kerajaan Negeri Selangor bakal memperkenalkan sebuah bantuan tunai tambahan di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor sebagai ‘Baucar Kita Selangor’ yang akan memanfaatkan seramai 50,000 ribu rakyat Selangor.

Setiap seorang penerima akan terima bayaran bantuan tunai sebanyak RM100 sebulan selama enam (6) bulan bertujuan untuk menampung pembelian barangan keperluan asas dan runcit oleh kerana harga sesetengah barangan yang meningkat.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 SEBULAN SELANGOR

Sebulan sekali penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan tunai sebanyak RM100 bermula pada bulan Jun dan setiap bulan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

BIL.JUMLAH BANTUANTARIKH BAYARAN
1.RM100Jun 2026
2.RM100Julai 2026
3.RM100Ogos 2026
4.RM100September 2026
5.RM100Oktober 2026
6.RM100November 2026
*Nota : Tarikh bayaran akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Selangor dari semasa ke semasa.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN SELANGOR

Hanya mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja akan terima bayaran Bantuan RM100 sebulan. Antara kelayakan umum yang ditetapkan adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor;
  • Bermastatutin (penduduk) tetap di Selangor;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan rendah (B40 dan M40); dan
  • Lain-lain syarat yang akan dikemaskini semula apabila diumumkan.

PERMOHONAN BANTUAN RM100 SEBULAN SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor baru sahaja mengumumkan inisiatif ‘Baucar Kita Selangor’ ini beberapa hari yang lalu dan tiada sebarang portal dibuka untuk kemukakan permohonan secara atas talian (online).

Bagaimanapun, sekiranya portal telah dibuka untuk permohonan, pihak kami akan kongsikan panduan lengkap cara permohonan Bantuan RM100 sebulan untuk rakyat Selangor yang layak.

Rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan dinasihatkan untuk sentiasa mencari maklumat berkaitan program Baucar Kita Selangor ini untuk mengelakkan terlepas inisiatif ini.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Selangor. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.buletintv3.my/nasional/baucar-kita-selangor-rm100-bantuan-pengangkutan-setiap-bulan-antara-inisiatif-bantu-rakyat-selangor/.

Leave a Comment