SKAS FASA 2 2026 : SEMAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN
Peruntukan bayaran untuk Bantuan SKAS Fasa 2 telah dipertingkatkan kepada RM640 juta daripada RM557 juta. Ini kerana, pihak Kerajaan Negeri Sarawak ingin membantu rakyat Sarawak seperti isi rumah, warga emas dan bujang yang terkesan dengan konflik global yang sedang berlaku di Asia Barat.
Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan SKAS Fasa 2? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 SEBULAN SELANGOR : PERMOHONAN & SEMAKAN
APA ITU BANTUAN SKAS?
Bantuan SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu rakyat membeli barang keperluan asas seperti barang dapur dan sebagainya.
Pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah selesai melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk Fasa 1 dan bakal melaksanakan bayaran Fasa ke-2 pula tidak lama lagi kepada lebih 857,814 ribu penerima yang layak.
CARA BAYARAN SKAS FASA 2 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa ke-2 adalah sama seperti Fasa 1 iaitu, disalurkan secara tanpa tunai melalui baucar digital dalam akaun e-Dompet aplikasi mudah alih S Pay Global.

Penerima yang layak boleh muat turun aplikasi S Pay Global secara percuma melalui App Store / Google Play / Huawei App Gallery. Bantuan akan dimasukkan dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
TARIKH BAYARAN SKAS FASA 2 2026
Bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa ke-2 akan dilaksanakan sebelum sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha dan Hari Gawai iaitu mengikut pada tarikh seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Warga Emas Bujang | Bermula 15 Mei 2026 (Jumaat) dan berperingkat |
JUMLAH BANTUAN SKAS FASA 2 2026
Bagi membantu rakyat mendepani peningkatan kos sara hidup kerana konflik geopolitik yang sedang berlaku di Asia Barat, Kerajaan Negeri Sarawak telah menaikkan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang akan dibayar sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN KESELURUHAN | JUMLAH BAYARAN SETIAP FASA |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM1,100 | Fasa 1 : RM316 Fasa 2 : RM424 Fasa 3 : RM360 |
| Warga Emas | RM600 | Fasa 1 : RM166 Fasa 2 : RM234 Fasa 3 : RM200 |
| Bujang | RM375 | Fasa 1 : RM100 Fasa 2 : RM150 Fasa 3 : RM125 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SKAS 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk tahun 2026 :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak (pemegang MyKad status ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak);
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
Serta memenuhi syarat-syarat khas setiap kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Tiada had umur;
- Berkahwin; atau
- Ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak (masih tanggungan);
- Pendapatan kasar bulanan bawah RM5,000 sebulan.
- Kategori Warga Emas :
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Bujang; atau
- Ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak (bukan tanggungan);
- Pendapatan kasar bulanan bawah RM5,000 sebulan.
- Kategori Bujang :
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- OKU umur 19 tahun dan ke atas;
- Bujang; atau
- Ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak (bukan tanggungan);
- Bukan pelajar di IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan kasar bulanan bawah RM2,500 sebulan.
SEMAKAN STATUS SKAS FASA 2 2026
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa ke-2, anda boleh membuat semakan status secara atas talian (online) melalui laman web rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi SKAS di sini : https://ismonline.sarawak.gov.my/ism/projects/skas/check_eligibility_public/.
- Bahagian ‘Semakan Status SKAS’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *tanpa tanda sempang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800230112345.
- *tanpa tanda sempang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Cari / Search].
- Status kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dipaparkan (seperti contoh di bawah) :
| Name (Nama) : | AMINAH BINTI ALI |
| MyKad Number (Kad Pengenalan) : | ******-**-**** |
| Status : | ELIGIBLE (Layak) |
| SKAS Category (Kategori SKAS) : | Household (Isi Rumah) |
| SKAS Value (Jumlah SKAS) : | RM1,100 |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
- Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
- E-mel SKAS Sarawak : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.