CEK BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD
Sehingga kini, bayaran Bantuan SARA Bulanan (Sumbangan Asas Rahmah) masih dikreditkan ke dalam MyKad penerima dan tidak boleh dikeluarkan secara tunai. Namun, penerima hanya perlu menggunakannya untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) guna MyKad sahaja.
Bagaimanakah cara cek bayaran SARA Bulanan dalam MyKad? Rujuk panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN KHAS SARAWAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & INFO BAYARAN
KADAR BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD
Bantuan SARA Bulanan dikreditkan ke dalam MyKad penerima dengan kadar yang berbeza bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN SARA BULANAN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
TARIKH BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD
Sebulan sekali Bantuan SARA akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang layak mengikut pada tarikh-tarikh yang ditetapkan setiap bulan seperti berikut :
- 09 & 16 Januari 2026 (Jumaat).
- 01 Februari 2026 (Ahad).
- 01 Mac 2026 (Ahad).
- 01 April 2026 (Rabu).
- 01 Mei 2026 (Jumaat).
- 01 Jun 2026 (Isnin).
- 01 Julai 2026 (Rabu).
- 01 Ogos 2026 (Sabtu).
- 01 September 2026 (Selasa).
- 01 Oktober 2026 (Khamis).
- 01 November 2026 (Ahad).
- 01 Disember 2026 (Selasa).
CEK BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD
Bagi yang ingin mengetahui status bayaran Bantuan SARA Bulanan telah dikreditkan atau belum dalam MyKad, anda boleh cek melalui Portal Rasmi SARA seperti di bawah :
| PAUTAN PORTAL RASMI SARA |
|---|
| https://www.sara.gov.my/ |
Ikuti panduan lengkap untuk cek status bayaran Bantuan SARA Bulanan :
- Pergi ke Portal Rasmi SARA (klik pautan di atas 👆).
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Klik terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 900530112345.
- *tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Sahkan anda bukan robot dengan klik :
- Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status bayaran Bantuan SARA Bulanan :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Jumlah Terkumpul Setakat Ini (RM) | 300.00 |
CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Penerima yang layak disarankan untuk menggunakan Bantuan SARA yang ada dalam MyKad untuk beli barang keperluan asas. Bagi yang belum mengetahui cara guna, ikuti panduan di bawah :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya berdaftar SARA.
- Senarai premis berdaftar : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Ambil barang keperluan asas yang terpilih SARA.
- #Mempunyai label SARA pada rak tanda harga.
- Untuk bayaran, berikan MyKad kepada juruwang.
- Juruwang akan sahkan dan imbas barang yang dipilih.
- Transaksi bayaran akan ditolak dari MyKad penerima.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Pertanyaan SARA : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.