BANTUAN MYSARA ONLINE 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Tanpa perlu menghadiri secara fizikal di kaunter pasar raya atau kedai berdaftar Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), status kelayakan sama ada layak atau tidak menerima bantuan bulanan dalam bentuk barangan keperluan asas boleh di semak dengan mudah melalui Portal Rasmi SARA.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan mysara online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYSARA ONLINE 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
CARA PELAKSANAAN & TEMPOH SAH BANTUAN MYSARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :
| CARA PELAKSANAAN/KAEDAH BAYARAN | TEMPOH SAH BANTUAN |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | 12 Bulan Bermula 9 & 16 Januari 2026 Berakhir 31 Disember 2026 |
AMAUN BANTUAN MYSARA 2026
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan Total Setahun : RM2,400 | RM100 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,200 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,800 | RM50 Setiap Bulan Total Setahun : RM600 |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,200 | RM50 Setiap Bulan Total Setahun : RM600 |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026