MYKASIH SEMAKAN BAKI – JUMLAH TERKUMPUL DALAM MYKAD

MYKASIH SEMAKAN BAKI – JUMLAH TERKUMPUL DALAM MYKAD

Jumlah Bantuan MyKasih yang terkumpul dalam MyKad penerima yang tidak pernah menggunakannya untuk beli barang keperluan asas mungkin mencecah sehingga RM800 (setakat April ini) dan setiap penerima perlu mengetahui jumlah baki yang ada untuk mengelakkan pembelian melebihi baki yang ada dalam MyKad.

Bagaimanakah semakan jumlah baki MyKasih terkumpul dalam MyKad? Rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

JUMLAH BAKI TERKUMPUL MYKASIH

Jika anda masih belum pernah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang dapur atau lain-lain keperluan asas, jumlah baki yang terkumpul dalam MyKad adalah jumlah penuh setakat ini (Januari – April), iaitu sebanyak berikut :

  • Penerima Status Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
JUMLAH
TERKUMPUL
Isi RumahRM200RM800
Warga EmasRM150RM600
BujangRM100RM400
  • Penerima Status Asas Bukan Miskin :
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
JUMLAH
TERKUMPUL
Isi RumahRM100RM400
Warga EmasRM50RM200
BujangRM50RM200

MYKASIH SEMAKAN BAKI

Namun, anda boleh ketahui jumlah baki Bantuan MyKasih yang terkumpul dalam MyKad anda setakat ini dengan membuat semakan lanjut di laman web rasmi MyKasih seperti panduan yang disediakan di bawah :

  1. Layari laman web rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>
      • Contoh : 500311129999.
  5. Sahkan anda bukan robot dengan tandakan pada :
    • [ ] Verify you are human.
  6. Tunggu pengesahan anda.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan dan baki terkumpul MyKasih akan dipaparkan.
  9. Selesai.

TEMPOH HABISKAN BAKI MYKASIH

Kerajaan memberikan tempoh untuk menghabiskan baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad dan penerima boleh membuat pembelian barang dapur dan keperluan asas lain sebelum tamat tempoh, iaitu selama berikut :

TARIKH KREDITTEMPOH GUNATARIKH AKHIR
09 – 16/01/2026
01/02/2026
01/03/2026
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026
12 bulan31/12/2026

CARA GUNA BAKI MYKASIH DALAM MYKAD

Penerima-penerima yang mempunyai baki Bantuan MyKasih dalam MyKad boleh menggunakannya untuk beli barang dapur atau keperluan asas yang lain seperti produk penjagaan diri, ubat-ubatan, barang sekolah dan sebagainya.

Ikuti cara guna baki Bantuan MyKasih dalam MyKad yang betul seperti panduan berikut :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih.
  2. Pilih barang dapur atau keperluan asas lain.
    • Pastikan ada label MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Berikan MyKad kepada juruwang bertugas untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan sahkan status dan baki penerima.
  5. Kemudian, juruwang akan mula imbas barang yang dipilih.
    • Jika pembelian melebihi baki yang ada, penerima perlu buat bayaran tunai.
  6. Transaksi bayaran akan disahkan guna MyKad penerima.
  7. Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment