SARA 2026 SEMAKAN ONLINE – STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

SARA 2026 SEMAKAN ONLINE – STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

Inisiatif bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) masih disalurkan secara bulanan dan one-off (sekali setahun) kepada rakyat Malaysia yang layak dan setiap penerima boleh terus menggunakan bayaran untuk perbelanjaan barangan keperluan asas pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimanakah semakan status kelayakan dan bayaran SARA secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN RAHMAH : BAYARAN BULANAN 2026

KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026

Bantuan SARA untuk bayaran bulanan dan one-off disalurkan khas kepada mereka yang memenuhi kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
SARA BULANAN
KELAYAKAN PENERIMA
SARA ONE-OFF
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Kategori
Penerima
-Isi Rumah
-Warga Emas
-Bujang
-Isi Rumah
-Warga Emas
-Bujang
Had Umur21 tahun
dan ke atas
18 tahun
dan ke atas
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500
atau
tidak lebih
RM5,000
Tiada had
(terbuka kepada
semua)
Status STRLulus ✅

NILAI BAYARAN SARA 2026

Kategori penerima adalah penentu kepada nilai bayaran Bantuan SARA supaya setiap penerima dapat menikmati bayaran selayaknya seperti berikut :

  • Bayaran SARA Bulanan :
KATEGORI PENERIMANILAI BANTUAN SARA
Isi RumahB40 : RM200 sebulan
dan
M40 : RM100 sebulan
Warga EmasB40 : RM150 sebulan
dan
M40 : RM50 sebulan
BujangB40 : RM100 sebulan
dan
M40 : RM50 sebulan
  • Bayaran SARA One-Off :
KATEGORI PENERIMANILAI BANTUAN SARA
Isi RumahSemua : RM100
Warga EmasSemua : RM100
BujangSemua : RM100
*Nota : ‘Semua’ adalah termasuk golongan B40, M40 dan T20.

TARIKH BAYARAN SARA 2026

Bayaran Bantuan SARA bulanan dan one-off dilaksanakan pada tarikh yang berbeza seperti berikut :

TARIKH BAYARAN
BULANAN
TARIKH BAYARAN
ONE-OFF
9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
9 Februari 2026

KAEDAH BAYARAN SARA 2026

Dua (2) kaedah bayaran disediakan mengikut jenis penyaluran Bantuan SARA supaya ianya terus dapat sampai kepada penerima :

JENIS PENYALURANKAEDAH BAYARAN
BulananDibayar secara terus
setiap bulan automatik
ke dalam Kad Pengenalan
penerima untuk beli barang
keperluan asas selama 12 bulan
One-OffDibayar secara sekali sahaja
(one-off) automatik
ke dalam Kad Pengenalan
penerima untuk beli barang
keperluan asas pada bila-bila masa

SARA 2026 SEMAKAN ONLINE

Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA perlu disemak melalui Portal Rasmi SARA melalui pautan yang tertera di bawah :

PORTAL RASMI SARA
https://www.sara.gov.my/

Ikuti panduan lengkap cara semakan kelayakan dan status bayaran Bantuan SARA seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA (klik pada pautan di atas).
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 700525112345.
  5. Klik pada kotak [ ] Verify you are human.
  6. Tunggu pengesahan anda.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima dan bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
    • *berdasarkan kelayakan anda (bulanan atau one-off).
  9. Selesai.

INFO LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment