SEMAK BANTUAN RAHMAH : BAYARAN BULANAN 2026
Adakah anda salah seorang penerima Bantuan Rahmah tahun 2026? Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat melalui insiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara bulanan.
Bagi memastikan anda tidak terlepas bayaran elaun keperluan asas ini, langkah semak Bantuan Rahmah adalah amat penting untuk mengetahui status kelayakan, tarikh pembayaran, dan baki elaun dalam MyKad anda.
Dalam panduan lengkap ini, kami akan kongsikan cara mudah untuk membuat semakan status, jadual bayaran bulanan terkini, serta senarai barangan yang boleh dibeli.
BACA JUGA : MYSALAM SEMAK KELAYAKAN – TUNTUTAN BAYARAN
APA ITU BANTUAN RAHMAH?
Bantuan Rahmah atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan tambahan cashless (tanpa tunai) yang diintegrasikan dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bantuan ini dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak untuk digunakan bagi membeli barang keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara melalui sistem MyKasih.
CARA BAYARAN BANTUAN RAHMAH
Hanya satu (1) cara sahaja pembayaran Bantuan Rahmah dilaksanakan untuk memudahkan rakyat menerima bayaran dan menggunakannya seperti berikut :
| CARA BAYARAN | CARA PENGGUNAAN |
|---|---|
| Terima bayaran secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan penerima secara bulanan | Digunakan untuk pembelian barang keperluan asas dengan menggunakan Kad Pengenalan tanpa perlu buat pengeluaran tunai |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN RAHMAH BULANAN
Jumlah pembayaran Bantuan Rahmah secara bulanan adalah mengikut kepada kelayakan penerima dari kategori miskin tegar dan bukan miskin seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN UNTUK MISKIN TEGAR | KADAR BAYARAN UNTUK BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 / bulan (RM2,400 setahun) | RM100 / bulan (RM1,200 setahun) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 / bulan (RM1,800 setahun) | RM50 / bulan (RM600 setahun) |
| Bujang | RM100 / bulan (RM1,200 setahun) | RM50 / bulan (RM600 setahun) |
JADUAL BAYARAN BANTUAN RAHMAH BULANAN
Pembayaran Bantuan Rahmah dikreditkan pada awal setiap bulan secara konsisten. Rujuk tarikh pengkreditan bawah :
- Fasa 1 (Januari): 9 – 16 Januari 2026
- Fasa 2 (Februari): 1 Februari 2026
- Fasa 3 (Mac): 1 Mac 2026
- Fasa 4 (April): 1 April 2026
- Fasa 5 (Mei): 1 Mei 2026
- Fasa 6 (Jun): 1 Jun 2026
- Fasa 7 (Julai): 1 Julai 2026
- Fasa 8 (Ogos): 1 Ogos 2026
- Fasa 9 (September): 1 September 2026
- Fasa 10 (Oktober): 1 Oktober 2026
- Fasa 11 (November): 1 November 2026
- Fasa 12 (Disember): 1 Disember 2026
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Rahmah untuk bayaran bulanan boleh disemak secara terus melalui portal rasmi seperti bawah :
- Sila klik pada pautan portal rasmi di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama SARA Rahmah.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 500230112345.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan tandakan pada :
- Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Tips Pengguna:
Jika portal mengalami kesesakan lalu lintas (high traffic), anda juga boleh membuat semakan melalui aplikasi atau pautan rasmi MyKasih Foundation.
CARA GUNA BANTUAN RAHMAH
Selepas anda semak Bantuan Rahmah dan disahkan LAYAK, anda boleh terus menggunakannya di rakan dagang MyKasih seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, Giant, Speedmart 99, dan kedai runcit terpilih.
Langkah Pembelian :
- Pilih barangan yang mempunyai label / tag MyKasih / SARA.
- Bawa barangan ke kaunter pembayaran khas MyKasih.
- Tunjukkan MyKad anda kepada juruwang untuk diimbas.
- Juruwang akan memasukkan nombor PIN 6-digit MyKad anda.
- Simpan resit pembelian untuk menyemak baki elaun Bantuan Rahmah yang tinggal.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN RAHMAH
- Adakah wang Bantuan Rahmah boleh dikeluarkan secara tunai di ATM?
- Tidak. Bantuan Rahmah (SARA) adalah bantuan cashless yang dimasukkan ke dalam MyKad. Ia hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di kedai panel MyKasih sahaja.
- Apakah yang terjadi jika baki bulanan Bantuan Rahmah tidak dihabiskan?
- Baki yang tidak digunakan pada bulan semasa akan dianjakkan (carry forward) ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sehingga hujung tahun.
- Di mana mahu merujuk jika MyKad rosak atau gagal diimbas di kedai?
- Anda perlu hadir ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan untuk menukar cip MyKad yang rosak, atau hubungi Talian Bantuan MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.