MYKASIH CHECK STATUS 2026 : KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

MYKASIH CHECK STATUS 2026 : KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

Program MyKasih iaitu agihan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 telah mula dilaksanakan bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup khususnya bagi perbelanjaan barang keperluan asas harian rakyat yang memerlukan.

Bagaimanakah check status MyKasih kelayakan Bantuan SARA? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN WARGA EMAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN

CARA AGIHAN BANTUAN SARA MYKASIH 2026

Terdapat dua (2) cara agihan Bantuan SARA MyKasih bagi tahun 2026, iaitu :

  1. Agihan secara ansur setiap bulan dalam Kad Pengenalan penerima :
    • Khas kepada individu yang lulus permohonan STR serta berdaftar dengan eKasih sebagai penerima ‘Miskin dan Miskin Tegar’.
  2. Agihan secara sekaligus (one-off) dalam Kad Pengenalan penerima :
    • Untuk semua rakyat dewasa di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (termasuk penerima sedia ada setiap bulan).

KADAR BANTUAN SARA MYKASIH 2026

Namun, kadar Bantuan SARA yang diagihkan secara bulanan dan sekaligus adalah berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKANAGIHAN
BULANAN
AGIHAN
SEKALIGUS
Isi Rumah
Miskin & Miskin Tegar
RM200 sebulanRM100
Isi Rumah
Asas Bukan Miskin
RM100 sebulanRM100
Semua
Isi Rumah
RM100
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKANAGIHAN
BULANAN
AGIHAN
SEKALIGUS
Warga Emas
Miskin & Miskin Tegar
RM150 sebulanRM100
Warga Emas
Asas Bukan Miskin
RM50 sebulanRM100
Semua
Warga Emas
RM100
  • Kategori Bujang :
KELAYAKANAGIHAN
BULANAN
AGIHAN
SEKALIGUS
Bujang
Miskin & Miskin Tegar
RM100 sebulanRM100
Bujang
Asas Bukan Miskin
RM50 sebulanRM100
Semua BujangRM100

TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA MYKASIH 2026

Kerajaan melaksanakan agihan Bantuan SARA MyKasih secara bulanan dan sekaligus mengikut pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di bawah :

TARIKH AGIHAN
BULANAN
TARIKH AGIHAN
SEKALIGUS
9-16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
9 Februari 2026

MYKASIH CHECK STATUS 2026

Untuk yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti cara check status melalui Portal Rasmi MyKasih seperti panduan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan & One-Off akan dipaparkan.
  8. Selesai.

**Contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00
Namun jika tidak layak, status akan memaparkan ‘Nombor MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’.

RUJUKAN LANJUT MYKASIH

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment