CHECK BANTUAN SARA HIDUP : STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026
Hasil daripada penjimatan subsidi oleh Kerajaan dapat disalurkan kepada rakyat yang memerlukan melalui sumbangan Bantuan Sara Hidup dengan melibatkan peruntukan sehingga RM15 billion bagi tahun 2026 ini.
Bagaimanakah cara check status kelayakan penerima Bantuan Sara Hidup? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAKI TERKINI MYKASIH : JUMLAH TERKUMPUL SETAKAT INI
APA ITU BANTUAN SARA HIDUP
Bantuan Sara Hidup adalah merupakan gabungan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 bertujuan supaya dapat meringankan bebanan kos sara hidup untuk sepanjang tahun 2026.
JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP
Jumlah Bantuan Sara Hidup (STR dan SARA) diagihkan berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN STR | JUMLAH BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,400 | Daftar eKasih : RM2,400 atau Bukan eKasih : RM1,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | Bukan eKasih : RM1,200 |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BANTUAN STR | JUMLAH BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | Daftar eKasih : RM1,800 atau Bukan eKasih : RM600 |
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN STR | JUMLAH BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | – | Daftar eKasih : RM1,200 atau Bukan eKasih : RM600 |
JADUAL AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP
Agihan Bantuan Sara Hidup untuk Bantuan STR adalah dilaksanakan secara berfasa dan Bantuan SARA pula dilaksanakn secara ansur setiap bulan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Fasa 1 : Januari 2026 Fasa 2 : Mac 2026 Fasa 3 : Ogos 2026 Fasa 4 : November 2026 |
| Bantuan SARA | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
PLATFORM AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP
Untuk memudahkan penerima mendapat Bantuan Sara Hidup, Kerajaan menyediakan platform agihan berikut :
| JENIS BANTUAN | PLATFORM AGIHAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Diagihkan secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Dikreditkan dalam akaun bank |
| Bantuan SARA | Dikreditkan secara tanpa tunai terus ke dalam Kad Pengenalan penerima |
CHECK BANTUAN SARA HIDUP
Untuk tahu sama ada layak atau tidak terima kedua-dua Bantuan Sara Hidup ini, anda boleh check status kelayakan secara dalam talian melalui laman Portal Rasmi yang disediakan seperti di bawah :
- Cara Check Status Kelayakan Penerima STR :
- Sila layari laman Portal STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Log Masuk].
- Masukkan Nombor MyKad* pemohon.
- Tanpa sengkang “-” dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 5003112345.
- Tanpa sengkang “-” dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pengguna sah.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Check Status Kelayakan Penerima SARA :
- Sila layari laman Portal SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Laman Portal SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* pemohon.
- Tanpa sengkang “-” dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 5003112345.
- Tanpa sengkang “-” dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan klik [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi terkini berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan. Sekiranya pihak tuan / puan ingin mengetahui info lebih lanjut berkaitan Bantuan Sara Hidup, sila rujuk talian rasmi di bawah :
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
- Talian SARA MOF : 03 7720 1800
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan https://www.sara.gov.my/.