BANTUAN E KASIH ONLINE : SEMAK STATUS KELAYAKAN SARA 2026
Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk dijadikan rujukan oleh kementerian atau agensi terlibat untuk program pembasmian kemiskinan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di mana elaun bulanan disalurkan melalui MyKad untuk menebus barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan bantuan e kasih online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK SKAS SARAWAK ONLINE : SEMAKAN FASA 2 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA E KASIH
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan;
- Pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
JUMLAH BANTUAN SARA E KASIH 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 mengikut kelayakan penerima adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA (SARA EKASIH) | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM2,400 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM1,800 Setahun |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM1,200 Setahun |
CARA LULUS BANTUAN SARA E KASIH
Untuk menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi kategori eKasih, anda perlu memenuhi syarat yang ditetapkan seperti di bawah :
- Lulus dan Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Berdaftar dan tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih untuk Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Sekiranya anda memenuhi kriteria di atas, anda akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik setiap bulan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk mendapatkan barangan keperluan asas.
SEMAK STATUS BANTUAN SARA EKASIH ONLINE
Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
SEMAK STATUS PENDAFTARAN E KASIH ONLINE
Sekiranya anda berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, dan telah membuat pendaftaran sebagai penerima miskin atau miskin tegar di Sistem eKasih, anda boleh menyemak status pendaftaran secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026