BANTUAN SARA ONLINE 2026 : SEMAKAN, TARIKH BAYARAN RM100 & RM200 DALAM MYKAD
Mungkin dalam MyKad anda masih mempunyai Bantuan SARA kerana ianya dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang terpilih dan jika masih mempunyai baki, anda perlu menghabiskannya untuk beli barang keperluan asas sebelum tamat tempoh.
Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan SARA dalam MyKad secara online? Rujuk panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SKAS SARAWAK FASA 2 : SEMAKAN 2026
SEMAKAN BANTUAN SARA ONLINE 2026
Untuk semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA secara online, anda perlu layari Portal SARA yang rasmi melalui pautan di bawah :
| PORTAL | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| SARA (Sumbangan Asas Rahmah) | https://www.sara.gov.my/ |
Ikuti panduan semakan yang lengkap di bawah :
- Pergi ke Portal SARA (klik pautan di atas).
- Halaman utama Portal SARA akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800530112345.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan tandakan [ ] :
- Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai,
Contoh paparan status penerima Bantuan SARA yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Jumlah Terkumpul Setakat Ini (RM) | 200.00 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2026
Pembayaran Bantuan SARA ke dalam MyKad penerima telah dijadualkan setiap bulan dari bulan Januari hingga Disember seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | STATUS TERIMA |
|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 | ✅ Telah diterima |
| 1 Februari 2026 | ✅ Telah diterima |
| 1 Mac 2026 | ✅ Telah diterima |
| 1 April 2026 | ✅ Telah diterima |
| 1 Mei 2026 | 🔜 Belum diterima |
| 1 Jun 2026 | 🔜 Belum diterima |
| 1 Julai 2026 | 🔜 Belum diterima |
| 1 Ogos 2026 | 🔜 Belum diterima |
| 1 September 2026 | 🔜 Belum diterima |
| 1 Oktober 2026 | 🔜 Belum diterima |
| 1 November 2026 | 🔜 Belum diterima |
| 1 Disember 2026 | 🔜 Belum diterima |
NILAI BAYARAN BANTUAN SARA 2026
Tidak semua kategori akan terima bayaran Bantuan SARA dengan nilai yang sama RM100 dan RM200 kerana Kerajaan telah menetapkan nilai yang berbeza bagi setiap kategori seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
TIPS GUNA BANTUAN SARA 2026
Oleh kerana Bantuan SARA disalurkan ke dalam MyKad, penerima perlu menggunakannya secara tanpa tunai (cashless) untuk beli barang keperluan asas seperti berikut :
- Kunjungi premis berdaftar SARA (senarai premis terdekat anda : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Apabila sampai di premis berdaftar, pilih barang keperluan anda.
- *Pastikan yang ada label SARA ‘Sumbangan Keperluan Asas’.
- Setelah selesai memilih barang keperluan asas, pergi ke kaunter terpilih.
- Berikan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan kembalikan MyKad anda dan mula imbas barang yang anda pilih.
- Transaksi pembelian akan disahkan guna MyKad anda.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
*Nota : Jika baki Bantuan SARA dalam MyKad anda tidak mencukupi atau anda mengambil barang yang tidak mempunyai label SARA, anda perlu membuat bayaran secara tunai lebihan tersebut.
TEMPOH GUNA BANTUAN SARA 2026
Perlu diketahui bahawa Bantuan SARA mempunyai tempoh sah guna yang ditetapkan selama 11 hingga ke 12 bulan seperti berikut :
| JENIS BAYARAN | TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| Bayaran bulanan | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
| Bayaran sekaligus | 11 bulan | 31 Disember 2026 |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami Tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami Tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.