SEMAK BANTUAN EKASIH ONLINE : SARA BULANAN 2026
Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, dan telah berdaftar eKasih serta lulus bantuan STR, layak menerima bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar bulanan yang lebih tinggi berbanding bukan penerima eKasih.
Bagaimanakah semak bantuan ekasih online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TERKINI: Bantuan Tambahan Untuk Barang Dapur – Ini Cara Mohon Sebelum Tamat
CARA MOHON BANTUAN SARA EKASIH
Bagi melayakkan anda untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi kategori eKasih, anda perlu membuat permohonan dan pendaftaran bantuan seperti di bawah :
- Mohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Daftar Sistem eKasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar (golongan bendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
SEMAK AMAUN BULANAN BANTUAN SARA EKASIH
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 mengikut kelayakan penerima adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA (SARA EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
SEMAK PENDAFTARAN EKASIH ONLINE
Sekiranya anda berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, dan telah membuat pendaftaran sebagai penerima miskin atau miskin tegar di Sistem eKasih, anda boleh menyemak status pendaftaran secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
SEMAK KELAYAKAN SARA EKASIH ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026