SEMAK BANTUAN SYUKUR 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN, JUMLAH & TARIKH BAYARAN FASA 3

SEMAK BANTUAN SYUKUR 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN, JUMLAH & TARIKH BAYARAN FASA 3

Program Sentuhan Kasih Rakyat atau Bantuan Syukur merupakan inisiatif khas kewangan daripada Kerajaan Negeri Sabah di bawah agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk membantu golongan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar.

Bantuan Syukur ini diteruskan untuk tahun 2026 dan kini memasuki Fasa 3 pembayaran yang akan dilaksanakan jadual yang telah ditetapkan.

Adakah anda mahu membuat semak bantuan syukur 2026 bagi melihat status kelayakan serta jadual pembayaran terkini? Berikut merupakan cara semak bantuan syukur 2026 menerusi portal rasmi supaya maklumat pembayaran Fasa 3 dan fasa seterusnya dapat disemak secara tepat.

Baca juga: BANTUAN BARANG DAPUR BULANAN 2026

APA ITU BANTUAN SYUKUR?

Program SYUKUR adalah bentuk bantuan kewangan bulanan bernilai RM200 sebulan (dikreditkan bernilai RM600 bagi setiap fasa) yang disalurkan kepada penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan sistem PADANS.

Program ini bertujuan memastikan tiada rakyat berpendapatan rendah yang tercicir daripada menerima sokongan bagi menampung kos perbelanjaan barangan asas harian.

PANDUAN SEMAK BANTUAN SYUKUR 2026 ONLINE

Semakan status permohonan dan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) boleh dibuat secara percuma menerusi telefon bimbit atau komputer dengan langkah berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAN RASMI
PADANS Sabah https://padans.sabah.gov.my/
SYUKUR Sabahhttps://syukur.sabah.gov.my/

Semak Status di Portal PADANS Sabah :

  • Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  • Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  • Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  • Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  • Klik pada butang [Teruskan].
  • Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  • Kemudian, klik pada butang [Semak].
  • Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  • Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  • Selesai.

Semak Status di Portal SYUKUR Sabah :

  1. Layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Klik pada butang [Teruskan].
  4. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  6. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  7. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR 2026

Bagi memastikan bantuan disalurkan secara bersasar, pemohon tertakluk kepada kriteria kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Bantuan kewangan SYUKUR disalurkan sebanyak 4 Fasa dalam tempoh setahun :

KADAR BULANANPENYALURAN MENGIKUT FASAJUMLAH KESELURUHAN SETAHUN
RM200 sebulanFasa 1 : RM600
Fasa 2 : RM600
Fasa 3 : RM600
Fasa 4 : RM600

(Dibayar setiap 3 bulan)
RM2,400 setahun

JADUAL BAYARAN BANTUAN SYUKUR 2026

Pembayaran dilakukan secara berfasa seperti berikut :

PERINGKAT FASATEMPOH BAYARANTARIKH PEMBAYARANSTATUS PENYALURAN
Fasa 1Januari – Mac11 Mac 2026Selesai Dibayar
Fasa 2April – Jun21 Mei 2026
& 18 Jun 2026
Selesai Dibayar
Fasa 3Julai – SeptemberAkan Dikemas kiniAkan Datang
Fasa 4Oktober – DisemberAkan Dikemas kiniAkan Datang

KAEDAH PENYALURAN BAYARAN SYUKUR 2026

Pengagihan syukur sabah dibuat menerusi dua kaedah utama :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau di pusat pemberian yang bersesuaian ditetapkan oleh Kerajaan Sabah

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK BANTUAN SYUKUR 2026

Q1: Bagaimanakah cara mendaftar jika nama tiada dalam sistem SYUKUR?

Jawapan : Kelayakan SYUKUR diambil secara automatik daripada pangkalan data eKasih dan PADANS. Anda boleh membuat pendaftaran baharu atau kemas kini maklumat isi rumah menerusi Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) terdekat.

Q2 : Adakah permohonan baharu perlu dibuat setiap tahun?

Jawapan : Tiada permohonan berasingan diperlukan sekiranya data eKasih/PADANS anda kekal aktif dan memenuhi kriteria pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa.

Q3 : Bagaimana jika permohonan saya berstatus ‘Gagal Kredit’?

Jawapan : Anda boleh membuat kemas kini nombor akaun bank di portal rasmi atau mengambil bayaran secara tunai di tempat yang telah ditetapkan.

SALURAN PERTANYAAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Syukur Sabah 2026, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi PADANS, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan cara Semak Bantuan Syukur 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment