SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN E WALLET 2026 : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN E WALLET 2026 : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)

Bantuan tanpa tunai (cashless) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk menyokong keperluan asas golongan memerlukan di mana penerima boleh menebus barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya terpilih.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan e wallet? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN LAPTOP PERCUMA 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON & SEMAK KELAYAKAN

PENGENALAN BANTUAN E WALLET

Bantuan e-Wallet iaitu bantuan tanpa tunai (cashless) ialah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana bantuan dilaksanakan melalui pengkreditan dalam MyKad (Kad Pengenalan) untuk menyokong keperluan asas penerima dengan pembelian barangan asas yang diluluskan di pasar raya berdaftar Program SARA dengan menggunakan MyKad.

Berikut merupakan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan melalui MyKad :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Jumlah BantuanBermula RM50 sehingga RM200 bergantung kepada kelayakan penerima
KelayakanBerdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan miskin/miskin tegar eKasih
Cara PembayaranSecara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E WALLET 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN E WALLET 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan akan disalurkan dengan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

TEMPOH SAH BANTUAN E WALLET 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan seperti berikut :

TEMPOH PELAKSANAAN BANTUANTARIKH PROGRAM BERMULATARIKH PROGRAM BERAKHIR
Setiap Bulan (12 Bulan)09 Januari 202631 Disember 2026

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN E WALLET 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

CARA GUNA BANTUAN E WALLET

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment