SEMAK STATUS BANTUAN IC : 2026 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK STATUS BANTUAN IC : 2026 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Salah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah ialah dengan menyediakan bantuan secara tanpa tunai dalam bentuk barangan keperluan asas yang boleh ditebus oleh penerima di pasar raya berdaftar Program SARA menggunakan IC (Kad Pengenalan) masing-masing.

Bagaimanakah semak status bantuan ic? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS BANTUAN IC : 2026 KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

PENGENALAN BANTUAN IC

Bantuan IC ialah inisiatif kerajaan secara tanpa tunai (cashless) melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana kredit bantuan disalurkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima pada setiap bulan khusus untuk membeli/menebus barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya berdaftar Program SARA.

Bantuan IC dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tempoh BantuanSetiap Bulan (12 Bulan)
Jumlah BantuanRM50 sehingga RM200 bergantung kepada kelayakan penerima
KelayakanBerdasarkan data penerima Sumbangan Asas Rahmah (STR) dan data Miskin/ Miskin Tegar eKasih
Cara PembayaranPenyaluran secara tanpa tunai (cashless) melalui IC (Kad Pengenalan)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IC

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

SARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara Malaysia;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
Warganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

SEMAK AMAUN BULANAN BANTUAN IC 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN IC 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAN RASMI
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment