SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 / RM200 SETIAP BULAN)

SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 / RM200 SETIAP BULAN)

Setiap penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan bagi kategori eKasih layak menerima pengkreditan dengan kadar yang lebih tinggi berbanding bukan penerima yang tidak tersenarai dalam Sistem eKasih.

Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan ekasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.

CARA LULUS SEBAGAI PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH 2026

Berikut merupakan beberapa terma dan syarat untuk menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih :

  • Kelayakan untuk menerima SARA Bulanan bagi penerima eKasih adalah berdasarkan kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan Pangkalan data miskin dan miskin eKasih.
  • Oleh itu, individu yang ingin melayakkan diri menerima SARA Bulanan eKasih perlu terlebih dahulu membuat permohonan STR dan pendaftaran eKasih mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
  • Hanya pemohon STR dan pendaftar eKasih yang lulus akan menerima bantuan SARA Bulanan eKasih.

KADAR KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA EKASIH 2026

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM2,400 Setahun
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM1,800 Setahun
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM1,200 Setahun

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. ⁠Selesai.

SEMAK STATUS PENDAFTARAN EKASIH 2026

Status pendaftaran di Sistem eKasih boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
  3. Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
  5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
  7. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
    • Disahkan – Telah dibanci;
    • Disemak – Dalam proses banci;
    • Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
    • Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment