SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYKASIH : FASA APRIL 2026
Pembayaran Bantuan MyKasih bagi tahun 2026 kini telah memasuki fasa keempat iaitu pada bulan April yang mana seramai lebih 8.1 juta penerima dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang boleh mula membuat pembelian barang keperluan asas dengan guna Kad Pengenalan.
Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan MyKasih Fasa April? Rujuk panduan semakan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN IC RM100 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MyKasih kepada semua penerima :
| TARIKH BAYARAN | STATUS BAYARAN |
|---|---|
| 9 – 16 Januari 2026 | Telah dibayar ✅ |
| 1 Februari 2026 | Telah dibayar ✅ |
| 1 Mac 2026 | Telah dibayar ✅ |
| 1 April 2026 | Telah dibayar ✅ |
| 1 Mei 2026 | Belum dibayar |
| 1 Jun 2026 | Belum dibayar |
| 1 Julai 2026 | Belum dibayar |
| 1 Ogos 2026 | Belum dibayar |
| 1 September 2026 | Belum dibayar |
| 1 Oktober 2026 | Belum dibayar |
| 1 November 2026 | Belum dibayar |
| 1 Disember 2026 | Belum dibayar |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Jumlah bayaran Bantuan MyKasih adalah bergantung kepada kelayakan dan kategori penerima seperti berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang | RM100 / sebulan |
| Isi Rumah | RM200 / sebulan |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM150 / sebulan |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang | RM50 / sebulan |
| Isi Rumah | RM100 / sebulan |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM50 / sebulan |
SISTEM BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Berikut merupakan sistem bayaran Bantuan MyKasih kepada setiap penerima :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Status bayaran Bantuan MyKasih sama ada telah dikreditkan atau belum boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status bayaran Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- E-mel MyKasih : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.