ANGKA GILIRAN SPM : CARA CHECK & SEMAK

ANGKA GILIRAN SPM : CARA CHECK & SEMAK

Para calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikehendaki untuk mengingati angka giliran masing-masing untuk memudahkan proses membuat semakan dan mengakses Keputusan Peperiksaan SPM, sebagai rujukan bagi menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, memohon biasiswa pendidikan serta untuk digunakan bagi memohon pekerjaan.

Bagaimanakah cara check dan semak angka giliran spm? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYKAD 100 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

CHECK & SEMAK ANGKA GILIRAN SPM

Sekiranya para calon SPM terlupa angka giliran untuk buat semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon boleh mendapatkannya melalui cara berikut :

  • Calon Sekolah :
    • Kunjungi atau Hubungi Sekolah masing-masing.
  • Calon Persendirian :
    • Kunjungi atau Hubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri; atau
    • Kunjungi atau Hubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Info : Sekiranya anda masih menyimpan Slip Pengesahan Peperiksaaan SPM, anda boleh rujuk nombor angka giliran yang tertera pada slip peperiksaan tersebut.

TARIKH KEPUTUSAN SPM

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025 diumumkan pada tarikh berikut :

TARIKH KEPUTUSAN SPM
31 Mac 2026, Selasa

Info penting : Semakan secara online hanya boleh di buat bermula 31 Mac 2026, Selasa (10.00 pagi) sehingga 6 April 2026, Isnin (6.00 petang) sahaja.

CHECK & SEMAK KEPUTUSAN SPM GUNA ANGKA GILIRAN

Keputusan SPM boleh disemak secara online melalui dua kaedah seperti berikut :

Semakan Secara atas Talian (Online) Di Laman Web Rasmi:

  1. Layari pautan laman web rasmi : https://myresultspm.moe.gov.my/
  2. Halaman semakan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor angka giliran.
  4. Masukkan juga nombor kad pengenalan diri pelajar.
  5. Klik butang [Hantar].
  6. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Semakan melalui Pesanan Ringkas SMS:

  1. Buka Mesej dalam telefon bimbit anda.
  2. Klik pada [Cipta Mesej Baru].
  3. Masukkan nombor [15888].
  4. Kemudian taip SPM <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Nombor Angka Giliran.
    Contoh : [SPM 06023011234 WY18270A].
  5. Klik butang [Hantar].
  6. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui SMS.
  7. Selesai.

TAKRIFAN GRED KEPUTUSAN SPM

Berikut merupakan takrifan gred result (keputusan) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :

  • A+ : Cemerlang Tertinggi
  • A : Cemerlang Tinggi
  • A- : Cemerlang
  • B+ : Kepujian Tertinggi
  • B : Kepujian Tinggi
  • B- : Kepujian Atas
  • C : Kepujian
  • D : Lulus Atas
  • E : Lulus
  • G : Gagal

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Keputusan SPM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/

Leave a Comment