BILA TARIKH KEPUTUSAN SPM 2025 : SEMAK SEKARANG

BILA TARIKH KEPUTUSAN SPM 2025 : SEMAK SEKARANG

Berdasarkan Siaran Media rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa kesemua 413,299 pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 boleh membuat semakan keputusan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan & bila tarikh keputusan SPM 2025? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH : CARA REGISTER ONLINE

BILA TARIKH KEPUTUSAN SPM 2025

Ibubapa / penjaga boleh melakukan semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada tarikh dan waktu yang ditetapkan seperti berikut :

TARIKH SEMAKANWAKTU MULA SEMAKAN
31 Mac 2026 (Selasa)10:00 pagi

PLATFORM KEPUTUSAN SPM 2025

Pelajar atau ibubapa / penjaga boleh mengetahui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 melalui beberapa platform seperti berikut :

KELAYAKAN CALONPLATFORM KEPUTUSAN
Calon SekolahMelalui sekolah masing-masing
atau
Online di myresultspm.moe.gov.my
atau
Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Calon PersendirianMelalui talian Jabatan Pendidikan Negeri
atau
Online di myresultspm.moe.gov.my
atau
Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
*Semakan secara online di myresultspm.moe.gov.my adalah bermula pada 31 Mac 2026 sehingga 6 April 2026 dari 10 pagi hingga 6 petang sahaja.

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM 2025

Bagi calon sekolah yang boleh mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah masing-masing atau boleh juga buat semakan keputusan secara online di laman dan Pesanan Ringkas (SMS) seperti berikut :

  • Semakan Online Melalui Laman Rasmi :
    1. Layari laman rasmi myresultspm.moe.gov.my.
    2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pelajar.
    3. Masukkan Angka Giliran.
    4. Klik pada butang [Semak].
    5. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan dipaparkan.
    6. Selesai.
  • Semakan Melalui Pesanan Ringkas (SMS) :
    1. Buka pada ikon [Mesej 🗨️] dalam telefon pintar anda.
    2. Taipkan seperti berikut :
      • SPM <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran.
        • Contoh : SPM 080230112345 AA001A001
    3. Masukkan nombor penerima : 15888.
    4. Klik pada butang [Hantar].
    5. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan dihantar melalui pesanan SMS.
    6. Selesai.

TAKRIFAN GRED KEPUTUSAN SPM

Berikut merupakan takrifan gred pada slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :

TAKRIFAN GREDULASAN GRED
A+Cemerlang Tertinggi
ACemerlang Tinggi
A-Cemerlang
B+Kepujian Tertinggi
BKepujian Tinggi
B-Kepujian Atas
CKepujian
DLulus Atas
ELulus
GGagal

Namun, terdapat juga beberapa takrifan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lain mengikut sebab :

  • Keputusan digantung / dibatalkan :
    • Catatan “Digantung” menerangkan bahawa calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
    • Catatan “Dibatalkan” menerangkan bahawa calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
  • Keputusan “T” :
    • Catatan “T” menerangkan bahawa calon tidak hadir menduduki kertas peperiksaan sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan sebarang maklumat lebih lanjut berkaitan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sila rujuk laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pautan yang tertera di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/semakan-keputusan-lepasan-spm-dan-program-khas-jpa.

Leave a Comment