SYUKUR SABAH 2026 ONLINE : SEMAKAN & TARIKH BAYARAN FASA 1

SYUKUR SABAH 2026 ONLINE : SEMAKAN & TARIKH BAYARAN FASA 1

Bantuan SYUKUR Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan secara berfasa untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat di Sabah dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah semakan dan tarikh bayaran SYUKUR Sabah Fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : EBANTUAN JKM 2026 : SEMAK SENARAI, STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Peringkat fasa pertama (1) bayaran Bantuan SYUKUR Sabah telah mula dilaksanakan kepada lebih 140,000 penerima yang disahkan layak bermula pada tarikh seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1Bermula 11 Mac 2026 (Rabu)

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Jumlah bayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah sebanyak RM200 setiap bulan, namun ianya dibayar secara berfasa yang menggabungkan tiga (3) bulan setiap fasa dengan bayaran bagi setiap penerima sebanyak berikut :

PERINGKAT FASAJUMLAH BAYARAN
Fasa 1
(Januari + Februari + Mac)
RM600 / setiap penerima

KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH 2026

Setiap penerima yang disahkan layak akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah melalui tiga (3) kaedah yang ditetapkan mengikut jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bank :Bayaran secara pengkreditan
terus ke dalam akaun bank
(mengikut nombor akaun yang
didaftarkan dalam permohonan)
Penerima tiada akaun bank :Bayaran secara tunai di kaunter
bank atau mana-mana pusat
pemberian yang ditetapkan
Penerima ada / tiada akaun
bank :
Bayaran secara pengkreditan
ke dalam akaun e-Wallet
(aplikasi YONO Superapp)

SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026 ONLINE

Bagi individu yang tersenarai dalam pangkalan data PADANS / e-Kasih akan secara automatik layak menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah, namun bagi pemohon yang telah kemukakan permohonan boleh buat semakan status kelayakan seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
SYUKUR Sabahhttps://padans.sabah.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi SYUKUR Sabah di atas 👆.
  2. Halaman utama SYUKUR Sabah akan dipaparkan.
  3. Lihat sebelah kiri portal dan klik butang [Semak].
  4. Klik pada butang [Teruskan].
  5. Masukkan Nombor MyKad anda.
    • *tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 950320112345.
  6. Klik pula pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan penerima bayaran SYUKUR Sabah Fasa 1 akan dipaparkan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut berkaitan SYUKUR Sabah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang rasmi seperti tertera di bawah :

  • Talian Rasmi SYUKUR Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp SYUKUR Sabah : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment