SEMAKAN MY KASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN DALAM IC SETIAP BULAN

SEMAKAN MY KASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN DALAM IC SETIAP BULAN

Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan setiap bulan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak bagi membantu jutaan penerima untuk meringankan beban kos sara hidup dan menampung perbelanjaan barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan bayaran my kasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK BAYARAN STR FASA 2 2026 SAMA ADA TELAH DIKREDITKAN ATAU BELUM

SYARAT KELAYAKAN MY KASIH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :

JENIS SARAKELAYAKAN
SARA EKASIHWarganegara Malaysia;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
SARA BUKAN EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

JUMLAH DUIT BULANAN MY KASIH 2026

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMA BERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

TEMPOH SAH DUIT BULANAN MY KASIH 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dilaksanakan setiap bulan seperti berikut :

TARIKH PROGRAM BERMULATARIKH PROGRAM BERAKHIR
9 Januari 202631 Disember 2026

TARIKH & JADUAL KREDIT DUIT BULANAN MY KASIH 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan setiap bulan seperti berikut :

BULAN PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
09/01/2026
01/02/2026
01/03/2026
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026

SEMAKAN STATUS BAYARAN MY KASIH 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAN RASMI
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semak Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

Semak Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

CARA TERIMA DUIT BULANAN MY KASIH 2026

Setiap penerima yang layak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan menerima pengkreditan bulanan melalui kaedah berikut :

KAEDAH BAYARANMEDIUM BAYARAN
Tanpa Tunai (cashless)MyKad / IC (Kad Pengenalan)

Penerima duit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh menggunakan kredit bantuan yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :

  • Makanan Asas;
  • Makanan dan Minum;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Barangan Kebersihan Rumah;
  • Produk Penjagaan Diri;
  • Ubat-ubatan;
  • Barang Keperluan sekolah;
  • Lain-lain.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment