SEMAK SARA BULANAN 2026 : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Pemegang MyKad iaitu rakyat Malaysia yang berkelayakan akan secara automatik layak menerima bayaran Bantuan SARA Bulanan bermula Januari dan sehingga Disember yang dapat memenuhi keperluan asas dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah semak status kelayakan dan bayaran SARA Bulanan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SKAS 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARAWAK
SIAPA LAYAK TERIMA SARA BULANAN?
Hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja layak terima Bantuan SARA Bulanan. Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah :
| SYARAT | KELAYAKAN MISKIN TEGAR | KELAYAKAN BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Kategori Penerima | Isi Rumah Warga Emas Bujang | Isi Rumah Warga Emas Bujang |
| Had Umur | 21 tahun dan ke atas | 21 tahun dan ke atas |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
| Status STR | Lulus ✅ | Lulus ✅ |
AMAUN BANTUAN SARA BULANAN 2026
Amaun Bantuan SARA Bulanan bagi setiap penerima adalah berbeza kerana ianya disalurkan mengikut kategori isi rumah, warga emas dan bujang seperti berikut :
| PENERIMA STATUS MISKIN TEGAR | PENERIMA STATUS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 sebulan x 12 bulan = RM2,400 setahun | Isi Rumah : RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun |
| Warga Emas : RM150 sebulan x 12 bulan = RM1,800 setahun | Warga Emas : RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
| Bujang : RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun | Bujang : RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN SARA BULANAN 2026
Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan SARA Bulanan kepada setiap kategori penerima pada tarikh yang sama seperti jadual berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 9 – 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
KEGUNAAN BANTUAN SARA BULANAN
Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad secara bulanan adalah khas untuk digunakan bagi pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) guna MyKad. Antara barang-barang yang boleh dibeli adalah termasuk :
| KATEGORI BARANG | SENARAI DILULUSKAN |
|---|---|
| Bahan asas masakan | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya. |
| Makanan sejuk beku | Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya |
| Makanan ringan | Roti, biskut, bijirin dan sebagainya. |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya. |
| Produk penjagaan diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya. |
| Keperluan asas bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya. |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM. |
| Barang keperluan sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya. |
| Produk kebersihan rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya. |
SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN SARA BULANAN 2026
Untuk ketahui status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA Bulanan, anda boleh semak secara online mengikut panduan di bawah :
- Pergi ke laman rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama SARA akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan No. MyKad* anda.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>
- Contoh : 900229112345.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>
- Tandakan pada [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status kelayakan dan bayaran untuk penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
INFO LANJUT
Segala informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.