SEMAKAN SKAS FASA 1 2026 : TARIKH BAYARAN, KADAR BANTUAN & STATUS KELAYAKAN

SEMAKAN SKAS FASA 1 2026 : TARIKH BAYARAN, KADAR BANTUAN & STATUS KELAYAKAN

Terkini! Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) FASA 1 telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak melalui aplikasi S PAY GLOBAL dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah semakan skas fasa 1? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026 : STATUS PENERIMA TERBARU

TARIKH BAYARAN SKAS 2026

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dilaksanakan secara tiga (3) fasa pembayaran seperti berikut :

FASA BAYARAN SKASTARIKH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026
Fasa 215 Mei 2026
Fasa 310 November 2026

SYARAT KELAYAKAN SKAS FASA 1 2026

Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :

Syarat Umum :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);

Kriteria & Kelayakan :

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;

Tiada had umur
Warga Emas Tanpa Pasangan
(Bujang)
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan

Had umur 60 tahun dan ke atas.
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;

Bujang berumur antara 21-59 tahun; atau

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun

Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

KADAR BANTUAN SKAS 2026

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) FASA 1 akan diagihkan kepada penerima yang layak dengan jumlah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAFASA 1FASA 2FASA 3TOTAL SETAHUN
Isi RumahRM316RM316RM316RM950
Warga Emas
Tanpa Pasangan
RM166RM166RM166RM500
BujangRM100RM100RM100RM300

CARA PENGKREDITAN SKAS FASA 1 2026

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan setiap fasa seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMEDIUM BAYARAN
Tanpa tunai (Baucar Digital)Aplikasi S Pay Global

Duit bantuan SKAS Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti beras, tepung, minyak masak dan lain-lain.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SKAS FASA 1 2026

Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, klik [Cari].
  5. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  6. Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
  7. Selesai.

Info penting :

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 yang memenuhi syarat kelayakan bantuan SKAS akan secara automatik menerima SKAS.
  • Tiada permohonan baharu atau rayuan akan dibuka sekiranya anda tidak layak atau tidak tersenarai sebagai penerima kerana penerima ditentukan berdasarkan data STR Fasa 1, 2026.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment