CHECK STATUS STR ONLINE : FASA 2 2026

CHECK STATUS STR ONLINE : FASA 2 2026

Oleh kerana bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 telah mula diagihkan bermula 10 Mac 2026 (Selasa), setiap pemohon yang telah kemukakan permohonan boleh mula check status kelayakan dan maklumat bayaran yang akan lebih terperinci mengikut status semasa.

Bagaimanakah cara check status STR Fasa 2 secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN HASIL 2026 : CEK KELAYAKAN & BAYARAN SEKARANG

PORTAL RASMI CHECK STATUS STR

Kerajaan telah menyediakan portal rasmi yang khas untuk permohonan, rayuan, kemaskini dan semakan status (check status) kelayakan dan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Berikut merupakan pautan portal rasmi yang boleh diakses untuk check status kelayakan dan bayaran Fasa 2 :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login

CARA CHECK STATUS STR ONLINE

Setiap pemohon / penerima yang telah kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh check status kelayakan dan bayaran Fasa 2 secara online seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR di atas.
  2. Bahagian ‘Log Masuk STR’ akan dipaparkan.
  3. Isikan ruangan kosong dengan ‘Nombor Kad Pengenalan’.
    • *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900302112345.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
  6. Jika yang dipaparkan adalah betul, klik pada butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Terus klik pada butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

KADAR AMAUN STR FASA 2 2026

Berikut merupakan kadar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diagihkan untuk Fasa 2 kepada setiap kategori penerima :

KATEGORI PENERIMAKADAR AMAUN STR
FASA 2 2026
Bujang / balu / duda / janda
(Warga Emas)
RM150 / setiap seorang
Isi rumah berpasangan /
Isi rumah tunggal
(B40)
RM200 hingga RM600
(tertakluk bilangan anak)
Isi rumah berpasangan /
Isi rumah tunggal
(M40)
RM100 hingga RM350
(tertakluk bilangan anak)

TARIKH AGIHAN STR FASA 2 2026

Kerajaan akan menggagihkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu mengikut pada tarikh seperti berikut :

TARIKH AGIHAN STR
FASA 2 2026
PENERIMA SEDIA ADA
TARIKH AGIHAN STR
FASA 2 2026
PENERIMA BAHARU
Bermula :
10 Mac 2026 (Selasa)
dan
berperingkat
Bermula :
30 Mac 2026 (Isnin)
dan
berperingkat

MEDIUM AGIHAN STR FASA 2 2026

Setiap penerima akan menerima agihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melalui medium yang disediakan mengikut kepada jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAMEDIUM AGIHAN STR
Penerima tiada akaun bank
atau
Penerima status ‘Gagal Kredit’
Diagihkan secara tunai bersemuka
di kaunter khas cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
termasuk di Sabah dan Sarawak
Penerima ada akaun bankDiagihkan ke dalam akaun bank
penerima secara berperingkat
melalui sistem IBG Credit Transfer

MAKLUMAT LANJUT STR

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment